? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Monday, October 26, 2009

Nizar terperangkap permainan sendiri.






IPOH - Bekas Menteri Besar Perak,Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin membuat permohonan peribadi melalui media kepada Sultan Perak,Sultan Azlan Shah supaya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri(DUN) itu, 28 Oktober ini.
    Nizar berkata,permohonan dibuat atas alasan Datuk R Ganesan telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, perkara 36(a) (5) kerana didapati menyamar sebagai Speaker DUN.
  "Atas kedaulatan undang-undang,maka kita tidak mahu dewan yang yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang pembohong,itulah sebenarnya mahu dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka faham bahawa Ganesan ini pengkhianat, persidangan yang beliau panggil itu adalah sidang tidak sah dan kami (Pakatan Rakyat) mahu sidang ini ditangguhkan," katanya kepada pemberita di Pejabata Pas Negeri,di sini,semalam.

komen OM : Teman rasa ini adalah tindakan orang yg tidak matang. Patutnya kita bagi YB DR Zambry
                     jalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pentadbir kerajaan negeri.Kenapa perlu ada
                     sifat-sifat iri hati dan dengki? Islam melarang kita daripada mempunyai niat buruk terhadap
                    orang lain. Teman berharap peristiwa 7 Mei tidak berulang lagi kerana seluruh rakyat Perak
                    sudah cemuih(jemu) dengan lakonan pihak pembangkang.
                     DAULAT TUANKU!!!
                    

1 ulasan:

jailani said...

mangkuk hayun yg sekor nie bila lah nak sedar diri...tak sudah2 nak menyusahkan kerja orang lain...perangai professional mana la yg di bawak nya..!!