? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, July 29, 2010

Artikel Baru : Simpati Terhadap Ahli PAS

Salam 1Malaysia

Aku berasa simpati dengan penyokong dan ahli Pas.......simpati untuk penyokong Pas sahaja(PKR dan DAP penulis dah tak kisah).Mereka sekarang dalam dilema kerana terpaksa mengikut pemimpin mereka yang begitu terdesak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.


Kenapa mereka dalam dilema??

Mereka(penyokong PAS)berasa geram,marah dan sedih apabila DAP mula berani mengungkit hak bumiputera dan semakin berani menyentuh mengenai agama Islam seperti kes terbaru Tony Pua.

Tetapi perasaan mereka itu ditahan dan disemadikan di dalam hati masing-masing kerana mereka taat kepada pemimpin mereka bak kata pepatah " biar hatiku parah,asalkan parti ku menjadi kerajaan"(baru punya). Mereka tidak mampu meluahkan perasaan itu kerana risau sekiranya parti mereka akan dilandan tsunami yang lebih besar daripada tsunami yang melanda BN pada PRU12.

Oleh kerana meletakkan parti dihadapan berbanding agama dan bangsa, mereka merelakan segalanya yang di ungkit oleh DAP. Aku percaya ramai di kalangan ahli PAS yang tidak setuju dengan tindakan DAP sejak kebelakangan ini yang berani mempersoal hak melayu/islam tetapi mereka sanggup menipu diri mempertahankan perkara ini "menegakkan benang yang basah"

Sekiranya DAP bukan rakan subahat PAS, bermacam-macam suara lantang dan kecaman yang akan mereka lontarkan kepada DAP tetapi realitinya PAS adalah rakan subahat DAP. Justeru, mereka mengambil sikap berdiam diri.


Bangga tengok orang Cina macam Tony Pua tu berjuang untuk bangsa dia tapi sedih tengok orang Melayu yang menentang bangsanya sendiri. (Kalau masih tak faham, Lurus Bendol)





Apalah nasib diriku(penyokong PAS)yang malang,oh tuhan...tak guna berdiam diri...

0 ulasan: