? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, July 29, 2010

Artikel Baru : Simpati Terhadap Ahli PAS

Salam 1Malaysia

Aku berasa simpati dengan penyokong dan ahli Pas.......simpati untuk penyokong Pas sahaja(PKR dan DAP penulis dah tak kisah).Mereka sekarang dalam dilema kerana terpaksa mengikut pemimpin mereka yang begitu terdesak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.


Kenapa mereka dalam dilema??

Mereka(penyokong PAS)berasa geram,marah dan sedih apabila DAP mula berani mengungkit hak bumiputera dan semakin berani menyentuh mengenai agama Islam seperti kes terbaru Tony Pua.

Tetapi perasaan mereka itu ditahan dan disemadikan di dalam hati masing-masing kerana mereka taat kepada pemimpin mereka bak kata pepatah " biar hatiku parah,asalkan parti ku menjadi kerajaan"(baru punya). Mereka tidak mampu meluahkan perasaan itu kerana risau sekiranya parti mereka akan dilandan tsunami yang lebih besar daripada tsunami yang melanda BN pada PRU12.

Oleh kerana meletakkan parti dihadapan berbanding agama dan bangsa, mereka merelakan segalanya yang di ungkit oleh DAP. Aku percaya ramai di kalangan ahli PAS yang tidak setuju dengan tindakan DAP sejak kebelakangan ini yang berani mempersoal hak melayu/islam tetapi mereka sanggup menipu diri mempertahankan perkara ini "menegakkan benang yang basah"

Sekiranya DAP bukan rakan subahat PAS, bermacam-macam suara lantang dan kecaman yang akan mereka lontarkan kepada DAP tetapi realitinya PAS adalah rakan subahat DAP. Justeru, mereka mengambil sikap berdiam diri.


Bangga tengok orang Cina macam Tony Pua tu berjuang untuk bangsa dia tapi sedih tengok orang Melayu yang menentang bangsanya sendiri. (Kalau masih tak faham, Lurus Bendol)





Apalah nasib diriku(penyokong PAS)yang malang,oh tuhan...tak guna berdiam diri...

Saturday, May 29, 2010

Pertaruhan sukan sahaja HARAM...........???

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan...........................-Malaysiakini-



Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat telah melaksanakan pengharaman pertaruhan atau judi sukan. 

Yang menjadi persoalannya adakah judi sukan sahaja yang diharamkan? 

Mengapa tidak kesemua judi diharamkan? 

Sampai bilakah mereka akan mengharamkan judi Sukan ini??

Apakah Pas hanya nampak Judi Sukan sahaja sebagai haram???

Atau mazhab Pakatan Rakyat memang begitu? =)

Sudah tentu ini hanyalah gimik politik...

Wednesday, May 5, 2010

Unit Amal Ganti Polis Jaga Negara??

Kes adik Aminurashid yang ditembak polis semakin hari semakin panas. Siapa yang perlu disalahkan?

Cuba kita berfikir menggunakan logik akal!!

Tengah-tengah malam buta siapa yang ada di atas jalan raya?? Yang ada di atas jalan raya hanyalah polis peronda, penyamun(penyangak) dan kutu rayau(mat rempit).

Jadi, salah siapakah perkara ini berlaku?? Mungkin kita akan berkata pihak polis kejam kerana menembak mangsa tanpa berfikir panjang. Tetapi bukankah pihak polis telah memberi amaran kepada mangsa supaya memberhentikan kenderaan.

Mangsa dan rakan teruskan melarikan diri tanpa mengendahkan arahan polis untuk memberhentikan kenderaan. Sudah pasti polis akan menganggap mereka ini penjenayah kerana pada waktu malam hanya penjenayah dan polis peronda sahaja berada di atas jalan raya!! (kalau depa tak lari tak jadi macam ni)

Andaikan polis tidak melepaskan tembakan. Berkemungkinan kejar-mengejar antara mangsa dan polis akan terus berlaku sehingga kenderaan yang dipandu mangsa berlanggar dengan tembok atau lori. Hal ini kerana, apabila perasaan takut seseorang itu menguasai diri, seseorang itu tidak akan peduli apa rintangan yang akan datang sehingga mereka berjaya meloloskan diri!!

Jadi aku nak tanya la kepada mereka yang salahkan polis. Apa yang akan korang (sekiranya berada ditempat polis) lakukan sekiranya arahan(memberhentikan kenderaan) yang kamu beri tidak diendahkan??

Adakah kamu akan membiarkan mereka pergi begitu sahaja tanpa disiasat??

Adakah kamu akan terus kejar mereka sehingga mereka eksiden
(langgar lori)??

Kalau polis tak bertindak masyarakat akan berkata polis makan gaji buta!!

Kepada PDRM,

Aku cadangkan pihak polis mengadakan "public holiday" selama seminggu. Bagi peluang kepada unit amal pulak jaga negara!!hahahaha....Aku nak tengok apa pandangan makhluk-makhluk yang kata polis kejam.

Kita tengok sama ada polis atau unit amal lagi bagus!!

Ada berani unit amal????

Wednesday, April 21, 2010

Aku Bukan Taik Judi Macam Kau!!

Cekok-cekok ah,
cekok-cekok ih..
ha ha ha,
hi hi hi,
hilang gigi tinggal gusi!!
Fuhhhh!!!

Mantera yang diguna oleh P.Ramlee dalam filem Ragam P.Ramlee (Taik Judi)


PKR hantar wakil "kuda" yang suka main kuda..

"Kuda ku lari gagah berani"

Pas pula tak suka kaki kuda jadi calon Pakatan Rakyat!!!

Skor Blogger Skor!!
Skor Sampai Tumpor!!


Saturday, April 10, 2010

"Jangan main-main dengan saya!!!"Karpal Singh

Karpal Singh memberi amaran kepada pemuda UMNO supaya lebih berhati-hati dalam membuat laporan terhadap dirinya....

 "Pemuda Umno harus berhati-hati bukan sahaja di berhati-hati dijalanraya malah berhati-hati terhadap laporan yang mereka buat terhadap saya!!

Nampak gayanya semakin hari semakin ganas kita punya Bro sorang ni..

Sehinggakan Pandikar Amin Mulia digelar Diktaktor olehnya.-sini-

Friday, April 9, 2010

"Hang la jadi Perdana Menteri"

Mulai sekarang jangalah ada perasaan tak puas hati antara kita mengenai calon PRK Hulu Selangor. Apa yang perlu adalah berlapang dada. Kita kena percaya semua yang berlaku ini ada hikmah. Banyak faktor yang menyebabkan MIC layak menghantar calon!! 


  • PKR telah jahanam!!! ( orang india tidak lagi mengharapkan PKR)  Pilihan yang ada bagi mereka hanya MIC. 
  • Melayu dan Cina yang menyokong BN akan terus menyokong BN. (pengundi atas pagar semakin ramai sejak Pakatan Runcit ditiup angin taufan)
 MIC perlu meletak calon baru!!!
       

Kepada blogger yang tidak berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri aku cadangkan korang bertanding sendiri. GAP layak masuk Perkasa!! Darul Ehsan Today patut join Pakatan Rakyat mengentam BN!!!! (darul ehsan today akan menjadi Perdana Menteri kerana dia paling pandai!!)

Jangan dok ikut kepala sendiri.!!

Sama sendiri pun nak mengutuk!! 
Akai ada...........!!!!

Friday, March 19, 2010

Boom Meletup!!

BOMMM!!!!!

 Nampak gayanya Zahrin telah melepaskan bomnya untuk membogelkan Anwar di khalayak ramai. Semua ini dilakukan untuk membuka mata kepala rakyat yang masih mempercayai DSAI!! Semakin ramai rakan-rakan saya yang suatu ketika dahulu menyokong  PKR yang telah serik dengan sikap Anwar. Kini mereka sebahagiannya telah menjadi penyokong atas pagar!! UMNO perlu lakukan sesuatu untuk menarik pengundi atas pagar yang semakin ramai.

Penyokong Pas pula serba salah kerana parti kesayangan mereka masih lagi berada dalam Pakatan Rakyat. Apabila ditanya secara spontan adakah kamu menyokong Anwar Ibrahim? Jawapan yang diberikan adalah "TIDAK!!". Tetapi kenapa kamu masih bersama Pas dan Pakatan Rakyat? Di jawab pula "Ditelan mati mak, diluah mati bapak". Ringkas dan padat!!


Pas memang tidak sesuai bersama dalam Pakatan Rakyat dan telah menyebabkan ahli-ahli mereka menjadi serba salah!! Kemungkinan ahli Pas juga akan menjadi penyokong atas pagar (lihat dari atas pagar/tengah-tengah).Penyokong Melayu/Pakatan Rakyat yang "berkemungkinan" telah ramai menjadi penyokong atas pagar atau menyertai UMNO.

Tiada rehat untuk UMNO dalam jangka masa ini!! KERJA dan terus KERJA!!!