? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, July 29, 2010

Artikel Baru : Simpati Terhadap Ahli PAS

Salam 1Malaysia

Aku berasa simpati dengan penyokong dan ahli Pas.......simpati untuk penyokong Pas sahaja(PKR dan DAP penulis dah tak kisah).Mereka sekarang dalam dilema kerana terpaksa mengikut pemimpin mereka yang begitu terdesak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.


Kenapa mereka dalam dilema??

Mereka(penyokong PAS)berasa geram,marah dan sedih apabila DAP mula berani mengungkit hak bumiputera dan semakin berani menyentuh mengenai agama Islam seperti kes terbaru Tony Pua.

Tetapi perasaan mereka itu ditahan dan disemadikan di dalam hati masing-masing kerana mereka taat kepada pemimpin mereka bak kata pepatah " biar hatiku parah,asalkan parti ku menjadi kerajaan"(baru punya). Mereka tidak mampu meluahkan perasaan itu kerana risau sekiranya parti mereka akan dilandan tsunami yang lebih besar daripada tsunami yang melanda BN pada PRU12.

Oleh kerana meletakkan parti dihadapan berbanding agama dan bangsa, mereka merelakan segalanya yang di ungkit oleh DAP. Aku percaya ramai di kalangan ahli PAS yang tidak setuju dengan tindakan DAP sejak kebelakangan ini yang berani mempersoal hak melayu/islam tetapi mereka sanggup menipu diri mempertahankan perkara ini "menegakkan benang yang basah"

Sekiranya DAP bukan rakan subahat PAS, bermacam-macam suara lantang dan kecaman yang akan mereka lontarkan kepada DAP tetapi realitinya PAS adalah rakan subahat DAP. Justeru, mereka mengambil sikap berdiam diri.


Bangga tengok orang Cina macam Tony Pua tu berjuang untuk bangsa dia tapi sedih tengok orang Melayu yang menentang bangsanya sendiri. (Kalau masih tak faham, Lurus Bendol)





Apalah nasib diriku(penyokong PAS)yang malang,oh tuhan...tak guna berdiam diri...

Saturday, May 29, 2010

Pertaruhan sukan sahaja HARAM...........???

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan pengharaman menyeluruh pertaruhan sukan...........................-Malaysiakini-



Negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat telah melaksanakan pengharaman pertaruhan atau judi sukan. 

Yang menjadi persoalannya adakah judi sukan sahaja yang diharamkan? 

Mengapa tidak kesemua judi diharamkan? 

Sampai bilakah mereka akan mengharamkan judi Sukan ini??

Apakah Pas hanya nampak Judi Sukan sahaja sebagai haram???

Atau mazhab Pakatan Rakyat memang begitu? =)

Sudah tentu ini hanyalah gimik politik...

Wednesday, May 5, 2010

Unit Amal Ganti Polis Jaga Negara??

Kes adik Aminurashid yang ditembak polis semakin hari semakin panas. Siapa yang perlu disalahkan?

Cuba kita berfikir menggunakan logik akal!!

Tengah-tengah malam buta siapa yang ada di atas jalan raya?? Yang ada di atas jalan raya hanyalah polis peronda, penyamun(penyangak) dan kutu rayau(mat rempit).

Jadi, salah siapakah perkara ini berlaku?? Mungkin kita akan berkata pihak polis kejam kerana menembak mangsa tanpa berfikir panjang. Tetapi bukankah pihak polis telah memberi amaran kepada mangsa supaya memberhentikan kenderaan.

Mangsa dan rakan teruskan melarikan diri tanpa mengendahkan arahan polis untuk memberhentikan kenderaan. Sudah pasti polis akan menganggap mereka ini penjenayah kerana pada waktu malam hanya penjenayah dan polis peronda sahaja berada di atas jalan raya!! (kalau depa tak lari tak jadi macam ni)

Andaikan polis tidak melepaskan tembakan. Berkemungkinan kejar-mengejar antara mangsa dan polis akan terus berlaku sehingga kenderaan yang dipandu mangsa berlanggar dengan tembok atau lori. Hal ini kerana, apabila perasaan takut seseorang itu menguasai diri, seseorang itu tidak akan peduli apa rintangan yang akan datang sehingga mereka berjaya meloloskan diri!!

Jadi aku nak tanya la kepada mereka yang salahkan polis. Apa yang akan korang (sekiranya berada ditempat polis) lakukan sekiranya arahan(memberhentikan kenderaan) yang kamu beri tidak diendahkan??

Adakah kamu akan membiarkan mereka pergi begitu sahaja tanpa disiasat??

Adakah kamu akan terus kejar mereka sehingga mereka eksiden
(langgar lori)??

Kalau polis tak bertindak masyarakat akan berkata polis makan gaji buta!!

Kepada PDRM,

Aku cadangkan pihak polis mengadakan "public holiday" selama seminggu. Bagi peluang kepada unit amal pulak jaga negara!!hahahaha....Aku nak tengok apa pandangan makhluk-makhluk yang kata polis kejam.

Kita tengok sama ada polis atau unit amal lagi bagus!!

Ada berani unit amal????

Wednesday, April 21, 2010

Aku Bukan Taik Judi Macam Kau!!

Cekok-cekok ah,
cekok-cekok ih..
ha ha ha,
hi hi hi,
hilang gigi tinggal gusi!!
Fuhhhh!!!

Mantera yang diguna oleh P.Ramlee dalam filem Ragam P.Ramlee (Taik Judi)


PKR hantar wakil "kuda" yang suka main kuda..

"Kuda ku lari gagah berani"

Pas pula tak suka kaki kuda jadi calon Pakatan Rakyat!!!

Skor Blogger Skor!!
Skor Sampai Tumpor!!


Saturday, April 10, 2010

"Jangan main-main dengan saya!!!"Karpal Singh

Karpal Singh memberi amaran kepada pemuda UMNO supaya lebih berhati-hati dalam membuat laporan terhadap dirinya....

 "Pemuda Umno harus berhati-hati bukan sahaja di berhati-hati dijalanraya malah berhati-hati terhadap laporan yang mereka buat terhadap saya!!

Nampak gayanya semakin hari semakin ganas kita punya Bro sorang ni..

Sehinggakan Pandikar Amin Mulia digelar Diktaktor olehnya.-sini-

Friday, April 9, 2010

"Hang la jadi Perdana Menteri"

Mulai sekarang jangalah ada perasaan tak puas hati antara kita mengenai calon PRK Hulu Selangor. Apa yang perlu adalah berlapang dada. Kita kena percaya semua yang berlaku ini ada hikmah. Banyak faktor yang menyebabkan MIC layak menghantar calon!! 


  • PKR telah jahanam!!! ( orang india tidak lagi mengharapkan PKR)  Pilihan yang ada bagi mereka hanya MIC. 
  • Melayu dan Cina yang menyokong BN akan terus menyokong BN. (pengundi atas pagar semakin ramai sejak Pakatan Runcit ditiup angin taufan)
 MIC perlu meletak calon baru!!!
       

Kepada blogger yang tidak berpuas hati dengan keputusan Perdana Menteri aku cadangkan korang bertanding sendiri. GAP layak masuk Perkasa!! Darul Ehsan Today patut join Pakatan Rakyat mengentam BN!!!! (darul ehsan today akan menjadi Perdana Menteri kerana dia paling pandai!!)

Jangan dok ikut kepala sendiri.!!

Sama sendiri pun nak mengutuk!! 
Akai ada...........!!!!

Friday, March 19, 2010

Boom Meletup!!

BOMMM!!!!!

 Nampak gayanya Zahrin telah melepaskan bomnya untuk membogelkan Anwar di khalayak ramai. Semua ini dilakukan untuk membuka mata kepala rakyat yang masih mempercayai DSAI!! Semakin ramai rakan-rakan saya yang suatu ketika dahulu menyokong  PKR yang telah serik dengan sikap Anwar. Kini mereka sebahagiannya telah menjadi penyokong atas pagar!! UMNO perlu lakukan sesuatu untuk menarik pengundi atas pagar yang semakin ramai.

Penyokong Pas pula serba salah kerana parti kesayangan mereka masih lagi berada dalam Pakatan Rakyat. Apabila ditanya secara spontan adakah kamu menyokong Anwar Ibrahim? Jawapan yang diberikan adalah "TIDAK!!". Tetapi kenapa kamu masih bersama Pas dan Pakatan Rakyat? Di jawab pula "Ditelan mati mak, diluah mati bapak". Ringkas dan padat!!


Pas memang tidak sesuai bersama dalam Pakatan Rakyat dan telah menyebabkan ahli-ahli mereka menjadi serba salah!! Kemungkinan ahli Pas juga akan menjadi penyokong atas pagar (lihat dari atas pagar/tengah-tengah).Penyokong Melayu/Pakatan Rakyat yang "berkemungkinan" telah ramai menjadi penyokong atas pagar atau menyertai UMNO.

Tiada rehat untuk UMNO dalam jangka masa ini!! KERJA dan terus KERJA!!!

Friday, March 12, 2010

Apa Pandangan Penduduk Kulim-Bandar Bahru??

Nik aziz pernah berkata “ahli parlimen yang bertindak keluar parti ialah mereka yang tidak bertanggungjawab dengan amanah rakyat”



Sungguh sadis apabila ahli parlimen pembangkang yg keluar parti akibat hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan dikeji dan bermacam-macam lagi tuduhan dan cacian dilemparkan.


Terbaru ahli parlimen Kulim Bandar Bahru pula di pecat daripada menjadi ahli PKR dan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu.


Apa pula pandangan Nik Aziz mengenai perkara ini? Adakah Zulkifli Noordin juga telah mengkhianati amanah rakyat atau parti PKR yang mengkhianati amanah rakyat yang diberi kepada Zulkifli Nordin??

Friday, February 12, 2010

"Bang Nuar" hilang sokongan moral???

PKR akan menggiatkan siri ceramah bagi memujuk penyokongnya hadir ke mahkamah menyatakan sokongan terhadap Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berhadapan dengan tuduhan liwat.

Pengarah strategik parti itu, Tian Chua berkata komunikasi seperti itu lebih efektif untuk mendekati golongan berkenaan.

"Lagipun, kehadiran penyokong di mahkamah bukanlah pengukur yang baik untuk mengira sokongan orang ramai terhadap Anwar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Apa cerita ni??

Tian Chua perlu menerima hakikat bahawa rakyat telah muak dengan sikap pemimpin pembangkang yang semankin "mengila" dan "baring konar".

Dulu zaman reformasi boleh la tunjuk kuat (tak la kuat mana pun). Sekarang ni zaman 1Malaysia la brader. Rakyat inginkan hidup aman dan damai seperti dulu. Kalau "hangpa" tak ditubuhkan lagi bagus.

Rakyat juga semakin hilang keyakinan terhadap "bang nuar" kita sorang ni. Kalau bercakap memang gempak, tapi habuk pun "tarak"!!

Bukan sahaja rakyat hilang keyakinan malah pemimpin PR sendiri pun telah hilang kepercayaan terhadap "bang nuar". (barangkali Mohktar juga hilang keyakinan). keh keh keh!!

Alasan yang diberi oleh Tian Chua hanya logik untuk orang yang tidak berilmu.

Bukan nak mengutuk cuma nak mengata!!

Marilah bersama-sama majukan gagasan 1Malaysia...


Jeffry Damien......

Hairan bin ajaib apabila blog jalanan yang mereka gelarkan "blog sampah" dikenakan tindakan. Apa la sangat yang kami ni ada. Kami ni tidak mendatangkan ancaman terhadap PR pun, blog kami semua kan "blog sampah".

Janganla takut sangat atau mengelabah!! "standard la main edit-edit gambar" bukan buat apa pun.

Macam biasalah, kalau blogger PR edit gambar pemimpin kerajaan tak ada masalahkan!!!!
(maklum la semua yang depa buat betul belaka) "idiot"

Thursday, February 11, 2010

Sudah tiba masanya jalankan Hudud!!


Kes buang bayi semakin banyak berlaku di negara kita, boleh dikatakan setiap hari kes buang bayi akan terpampang di dada akhbar!! Mengapa semua ini berlaku?? Salah siapa??

Sudah tiba masanya kita melaksanakan undang-undang hudud bagi membendung gejala tidak bermoral dan biaDAP ini. Mahukah kita membiarkan anak bangsa kita rosak atau jahanam dan bergelomang dengan maksiat?




Adakah saudara sekalian tidak kasihan terhadap bayi yang dibunuh itu?

Sesuatu perlu dilakukan supaya perkara ini dapat dibendung!!

Percayalah sekiranya kerajaan melaksanakan hukum hudud, kuasa kerajaan tidak akan terjejas malahan akan lebih bertambah!!Insyallah!!

Sekiranya hudud dijalankan perkara seperti buang bayi mungkin tidak akan terjadi lagi. Insyallah!!

Marilah kita bersama-sama memperjuangkan hudud!!

Wednesday, February 10, 2010

Kita menang = Tidak Adil,Depa menang = Tersangat Adil

Syukur Alhamdulillah MB Perak yang sah telah diSAHkan!!

Tapi yang tak besatnya masih ada suara sumbang yang kedengaran..(sumbang gila)

Ayat-ayat pujangga yang boleh digunakan oleh "si dia"
Ayat ketika menerima kekalahan : Mahkamah tidak adil!!(sambil menanggis).
Ayat ketika menerima kemenangan : Mahkamah di Malaysia yang paling adil (conform).

Macam mana boleh jadi lagu ni??? Rosak la institusi kehakiman kalau lagu ni "hangpa" politik.

Bila la "hangpa" ni nak berubah?

Letih melayan kerenah orang yang gila talak...

Setiap minggu buat ceramah tapi merosakkan minda rakyat, apa faedahnya?

Ada pengajaran yang kita dapat daripada peristiwa ini dan kita mesti mengambilnya untuk dijadikan panduan.

Janganlah kita berasa terlalu yakin dengan apa yang kita lakukan, dibimbangi keyakinan yang berlebihan akan menyebabkan kita frust menonggeng apabila sesuatu itu telah diputuskan.

Cth : jangan terlalu yakin akn mendapat 100% dalam exam.

Monday, February 8, 2010

AWAS!!Perangkap Samar Pas untuk UMNO!!

Bijak sungguh pemimpin Pas memasang perangkap untuk menghancurkan UMNO. Pelbagai isu ditimbulkan oleh Pakatan Riot ini untuk mengaburi mata rakyat, seperti diketahui umum "bang nuar" sedang dalam perbicaraan kes liwatnya. Mungkin semua ini dijadikan modal untuk mengaburi mata rakyat.

Isu paling seronok didengar adalah Pas sedia kerjasama dengan UMNO. WAU!!! Jarang-jarang kita dapat dengar isu ini. Apa kejadahnya "depa" nak berbaik dengan kita?? semua penjelasan yang "depa" bagi  belum tentu betul 100%.

Keadaan sekarang dah kembali normal, dimana UMNO dan BN mula mendapat tempat di hati rakyat. Sekalung tahniah kepada Dato` Seri Najib kerana menjadi pemimpin yang berwibawa dan membawa perubahan!!

Mungkin disebabkan UMNO/BN kembali mendapat kepercayaan di hati rakyat telah menyebabkan Nik Aziz mula ingin berbaik dengan UMNO ( tidak mampu lagi menangkis serangan BN). Agaknya telah menerima hidayah daripada Allah s.w.t  Alhamdulillah..

Mungkin juga cadangan itu sebagai strategi politik jangka masa panjang. Siapa tahu?

Dan mungkin juga ingin mengalihkan tumpuan rakyat terhadap perbicaraan kes liwat "bang nuar".

Kesimpulannya : Pas/Pakatan Rakyat telah memasang "perangkap" jangka masa panjang. UMNO bila lagi???Semoga bijak menanggani perangkap samar ini.

Zambry atau Nizar??

Zambry reda keputusan mahkamah, Nizar pula yakin akan memenangi jawatan MB..

Sekiranya Zambry menang teruskan pembanggunan dan pentadbiran negeri Perak dengan cemerlang.

Jika Nizar ditakdirkan menang. TUNAIKAN JANJI ANDA!!(BUBAR DUN)

Saturday, February 6, 2010

Pas letih menjadi musuh UMNO?

Salam 1Malaysia...

Semakin banyak kelemahan PR yang telah dibongkarkan. Semua ini dilakukan untuk memberi tahu kepada rakyat mengenai "perangai" sebenar mereka ini yang kononya membela rakyat.

Kita lihat di sebelah utara terlebih dahulu. Semakin bercelaru mereka mentadbir, ini menunjukkan mereka hanya bijak menjadi pembangkang dalam negeri atau negara. Belum layak menjadi kerajaan jika masih bersikap seperti pembangkang. Kesian pula bila dengar ahli PKR sendiri menghentam ketua kerajaan Penang di bawah DAP.

Masih di utara iaitu Kedah. Ahli Amk PKR Sik telah meletak jawatan dan istihar keluar parti kerana tidak lagi sebulu dengan pimpinan PKR iaitu "bang nuar". Ini secara rasmi,mungkin ahli biasa telah lama istihar keluar PKR. Siapa tahu?

Di Kelantan pula Nik Aziz dah hulurkan tangan kepada UMNO. Aikkk!! Tiba-tiba buat baik pulak. Ada apa-apa ke ni? Diharapkan UMNO berfikir dua kali sebelum menerima salam daripada orang yang telah menghina dan mencaci UMNO ini. Bukan nak buruk sangka tapi cuba pikiaq secara logik, ketika PR dalam kelemasan baru ada orang tu nak berbaik dengan kita. Bukankah menimbulkan was-was.

Mengapa tidak menghulurkan tangan semasa Presiden Pas mencadangkan untuk membentuk kerajaan perpaduan?

Nampak gaya seperti ada udang sebalik batu. Pas boleh  berdamai dengan UMNO tetapi mungkin kita perlu memberi syarat. KELUAR PAKATAN RAKYAT terlebih dahulu.

Can i fuck u today??

Runsing aku bila dengar laki mengayat laki guna ayat macam tu.Kalau laki ayat pompuan guna ayat tu aku boleh terima lagi.

Member aku yang bernama Mokhtar lagi runsing. Sejak kes ni berlangsung nama dia makin popular. Huhu..

Ditaip oleh Pemuda Umno yang low profile =)

Wednesday, February 3, 2010

Kesibukan teramat!!

Salam 1 Malaysia..

Maaf kerana lama tidak menghentam mereka. Kesibukan yang teramat sangat. Saya sering mengikuti situasi politik Malaysia sekarang ni. Dengar cerita budak tu dah start perbicaraan hari ini. Tagline "tangguh tetap tangguh" tidak dapat digunakan lagi la gamaknya..

Kepada semua blogger teruskan menghentam!!! SERANG!!

Allah hu akbar!!

Saturday, January 9, 2010

Siapa "kita" dan siapa "mereka". Allahu akbar!!

Belum pun memerintah negara mereka telah mengadaikan(memperjuangkan utk pihak Kristian) sesuatu yang berharga oleh umat islam iaitu kalimah “Allah”.

Jika dahulu kita dengar mereka sering mempertahankan Islam kali ini tidak lagi kerana ingin menjada hati pihak yang berkepentingan.

Perlukah kita memberi mereka peluang mentadbir??

Ada seseorang menghantar komen kepada saya menyatakan kepada saya, jika mereka melakukan perkara yang salah seperti menghapuskan institusi raja, hak bumiputera dan lain-lain berkaitan melayu/islam sudah semestinya orang melayu akan membantah tindakan mereka.

Betul ke apa yang si penghantar komen tu cakap??

Tentang isu kalimah “allah” ini kita dapat lihat ada juga penyokong tegar mereka yang mempertahankan “statement” mereka-mereka ini yang mempertahankan penggunaan kalimah “allah” oleh pihak Kristian.

Maknanya apa yang di tulis oleh pengomen tu salah belaka.

Demonstrasi!!

Kita sibuk buat demo untuk negara kita sendiri tetapi mereka pula sibuk buat demo pasal negara luar.Aku tak cakap jangan tolong negara luar tetapi jangan asyik tengok rumah tangga orang lain kalau rumah tangga sendiri pun berantakan.

Jangan pula kalau kita "marahkan nyamuk seekor,kelambu kita bakar" dan "jangan pula marahkan zambry, kereta camry jadi mangsa" ( maaf sesiapa yang terasa )


Jelas?

Mari kita rapatkan ukhwah kita bersama untuk menguatkan lagi silaturrahim antara Islam yang semakin berjauhan akibat perbezaan parti politik.

Mereka dan kita tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup mahupun meninggal dunia.

Thursday, January 7, 2010

Lagi berita pemimpin keluar PKR dan Nizar kemalangan!!

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Datuk Salehuddin Hashim mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini. -Utusan-

Apa lagi yang boleh dikatakan? Makin hari makin ramai yang keluar dari parti PKR.Sedikit masa lagi hancurlah Pakatan Rakyat. Barisan Nasional kini berada begitu dekat dengan hati rakyat apabila Klinik 1Malaysia di lancarkan di Gemencheh yang begitu mendapat sambutan. Manakala program "UMNO Juara Rakyat" insyallah akan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Berbanding dengan Pakatan Rakyat tidak ada apa yang mereka lakukan melainkan ceramah umum tp berkisar politik sempit!

Nizar Kemalangan??




Semoga cepat sembuh dan insaf!!

Sedikit update dari Perak, ketika saya sedang menulis ini, MB Perak yang sah Dr Zambry sedang melawat Nizar Mabuk Kuasa di bilik Teratai, Hospital Besar Ipoh.


Wahai pencacai Fuckatan Riot, walau selalu dihina dan dicerca oleh Nizar KKK dan konco-konconya terhadap Dr Zambry, dia tetap juga pergi melawat dan melihat Bekas MB itu di Hospital, inilah dianya Dr Zambry, aku bukan nak puji dia tapi dia memang WORLD la!

Aku tabik kat MB Perak yang sah ni! Lagi satu beliau melawat Nizar tanpa pemberita tau, ini bermakna dia bukan nak mengejar publisti, dia pergi ke sana unbtuk melawat dengan ikhlas hati walau disambut dengan dingin oleh Bodyguard Nizar!

Korang nilaikanlah sendiri! Allahuakbar!

Tuesday, January 5, 2010

Khalid Samad dan Dsai kufur??

Ini respon Datuk Harun Din mengenai isu kalimah "allah". sini


Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama.Timbalan Mursidul Am PAS itu juga meminta pemimpin politik yang menyatakan persetujuan pengunaan nama Allah di kalangan pihak kristian mengkaji semula sokongan tersebut sambil menyeru umat islam bersatu pandangan dalam isu nama Allah ini.

Anwar Ibrahim dalam blognya memberitahu, "Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

p/s : Khalid Samad dan Anwar Ibrahim menyokong penggunaan kalimah "Allah" oleh Kristian. Adakah mereka telah kufur sebagai mana yang disebutkan oleh Datuk Harun Din?

Sendiri jawab...

Kalimah ALLAH Hak Kristian!!

Monday, January 4, 2010

Hikmah isu "ALLAH". Ucapkan Alhamdulillah!!

Alhamdulillah..

Ini yang mampu saya ucapkan setelah melihat keadaan sekarang!!

   Alhamdulillah bukan bermaksud saya bersyukur kerana mahkamah memutuskan pihak gereja Herland berjaya menggunakan kalimah "allah" sebaliknya kerana sejak akhir ini kita telah dapat melihat orang Islam kembali bersatu dan Insyallah akan terus bersatu!!

    Pelbagai parti politik dan NGO bersatu hati dalam mengembalikan hak Islam. Namun demikian terdapat juga sesetengah manusia yang menyokong tindakan mahkamah membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh agama Kristian!!

   Sekiranya perkara ini tidak dihalang, berkemungkinan akan menyesatkan orang Islam pada masa akan datang!?... Inilah yang dikatakan berperang secara HALUS!! Jika pihak Kristian sesangat mahu menggunakan kalimah "Allah" segeralah kamu semua menukar agama dan menjadi umat Islam. Nescaya tiada penentangan yang akan berlaku!!

   Hikmahnya semua ini berlaku adalah untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia kerana sejak akhir-akhir ini umat Islam sering berpecah dan bertengkar sesama sendiri mengenai hal politik. Seseungguhnya Allah Maha Mengetahui!!

Allah Hu Akbar!!
Allah Hu Akbar!!
Allah Hu Akbar!!

Friday, January 1, 2010

Mentaliti penyokong Pas, Dulu Kini dan Selamanya!!

Suasana 1

Selepas solat zohor di surau Pak Da, aku duduk di tepi ruang serambi surau sambil-sambil mendengar perbualan beberapa jemaah surau lain berbual. Sudah lama aku tidak mendengar suara mereka. Agak-agaknya sudah 3 bulan, aku tidak pulang ke kampungku.

”kita nok semayang ni kena pilih imam. Buat apa semayang belakang imam hok sokong orang yang nok lawan Islam.”

”kita dok bleh semayang belakang imam UMNO, klau semayang jugak, macam ada najis di kaki imam tu. Semayang mana sah.” bersungguh-sungguh pakcik tu luahkan rasa geramnya.

”dok soh (tak payah) gi lah semayang di masjid nun, imam bapok kepala (orang kuat ) UMNO..!!” tambah lagi seorang pakcik lain, menyokong.

Aku hanya mendengar tanpa sebarang kata.

Seorang pakcik menyentuh soal perkahwinan. ”si pulan tu, Dia Pas, laki (suami)dia UMNO. Dia kena cerai denga laki dia. Mana bleh kahwin dengan orang hok duk sokong pemimpin hok lawan Islam.”

”mana hok duk sokong pemimpin lawan Islam ni, dok jelas aqidoh dia. Bleh jadi kafir.” celah pakcik di depan ku.

Suasana 2
Aku telah diamanahkan untuk memegang bahagian dakwah PMIUM. Kesempatan aku pulang ke Terengganu ni, aku pergi menadah sedikit ilmu di rumah ustaz di kampung Rusila. Ilmu tentang dakwah Islam. Hanya untuk sedikit perkongsian minda untuk memikul amanah yang bakal aku kemudikan. Kami menggunakan sebuah kitab karangan ulama kontemporari, Yusof Al-Qardawi, ”Pengucapan Awam”.

Dalam ulasan tentang buku ini, ustaz banyak mngaitkan dengan perkara yang berlaku di dalam masyarakat melayu Terengganu dulu-dulu dan ada juga zaman akhir-akhir ini. Banyak perkara yang mengejutkan aku..

”dulu, masa ustaz kecik-kecik. Orang PAS tak bleh kahwin dengan orang UMNO. Kalau akad nikah dengan imam UMNO, akad nikah tu tak sah. Jadi, kena akad nikah balik dengan imam PAS baru sah.” jelas ustaz.

”sampai macam tu sekali ker ustaz.” tanya ku.

”Bukan setakat tu saje, dulu kalau hari raya haji, daging korban yang UMNO punya tak bleh makan. Haram. ”
Terkejut aku mendengarnya.

”kalau dapat daging korban daripada UMNO, ayah ustaz buang daging tu. Tak sah sembelihannya.” jelas ustaz lagi.

Ustaz sebut, ”kita ni dulu memahami Islam dengan pemahaman yang cetek, maklumlah orang kampung. Terlalu taksub pada parti, sampai sanggup ketepikan nilai-nilai Islam.”

Kesimpulannya ahlul Pas tetap dengan manteliti yang sesat. Ajaran sesat mana yang mereka ikut aku pun tak tahu lah. Mungkin mereka semua terlalu taksub dengan parti mereka sehingga jaid sedemikian rupa!!