BOMMM!!!!!
Nampak gayanya Zahrin telah melepaskan bomnya untuk membogelkan Anwar di khalayak ramai. Semua ini dilakukan untuk membuka mata kepala rakyat yang masih mempercayai DSAI!! Semakin ramai rakan-rakan saya yang suatu ketika dahulu menyokong PKR yang telah serik dengan sikap Anwar. Kini mereka sebahagiannya telah menjadi penyokong atas pagar!! UMNO perlu lakukan sesuatu untuk menarik pengundi atas pagar yang semakin ramai.
Penyokong Pas pula serba salah kerana parti kesayangan mereka masih lagi berada dalam Pakatan Rakyat. Apabila ditanya secara spontan adakah kamu menyokong Anwar Ibrahim? Jawapan yang diberikan adalah "TIDAK!!". Tetapi kenapa kamu masih bersama Pas dan Pakatan Rakyat? Di jawab pula "Ditelan mati mak, diluah mati bapak". Ringkas dan padat!!
Pas memang tidak sesuai bersama dalam Pakatan Rakyat dan telah menyebabkan ahli-ahli mereka menjadi serba salah!! Kemungkinan ahli Pas juga akan menjadi penyokong atas pagar (lihat dari atas pagar/tengah-tengah).Penyokong Melayu/Pakatan Rakyat yang "berkemungkinan" telah ramai menjadi penyokong atas pagar atau menyertai UMNO.
Tiada rehat untuk UMNO dalam jangka masa ini!! KERJA dan terus KERJA!!!
Friday, March 19, 2010
Boom Meletup!!
Dicatat oleh Orang Muda di 2:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 ulasan:
Post a Comment