? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, March 19, 2010

Boom Meletup!!

BOMMM!!!!!

 Nampak gayanya Zahrin telah melepaskan bomnya untuk membogelkan Anwar di khalayak ramai. Semua ini dilakukan untuk membuka mata kepala rakyat yang masih mempercayai DSAI!! Semakin ramai rakan-rakan saya yang suatu ketika dahulu menyokong  PKR yang telah serik dengan sikap Anwar. Kini mereka sebahagiannya telah menjadi penyokong atas pagar!! UMNO perlu lakukan sesuatu untuk menarik pengundi atas pagar yang semakin ramai.

Penyokong Pas pula serba salah kerana parti kesayangan mereka masih lagi berada dalam Pakatan Rakyat. Apabila ditanya secara spontan adakah kamu menyokong Anwar Ibrahim? Jawapan yang diberikan adalah "TIDAK!!". Tetapi kenapa kamu masih bersama Pas dan Pakatan Rakyat? Di jawab pula "Ditelan mati mak, diluah mati bapak". Ringkas dan padat!!


Pas memang tidak sesuai bersama dalam Pakatan Rakyat dan telah menyebabkan ahli-ahli mereka menjadi serba salah!! Kemungkinan ahli Pas juga akan menjadi penyokong atas pagar (lihat dari atas pagar/tengah-tengah).Penyokong Melayu/Pakatan Rakyat yang "berkemungkinan" telah ramai menjadi penyokong atas pagar atau menyertai UMNO.

Tiada rehat untuk UMNO dalam jangka masa ini!! KERJA dan terus KERJA!!!

Friday, March 12, 2010

Apa Pandangan Penduduk Kulim-Bandar Bahru??

Nik aziz pernah berkata “ahli parlimen yang bertindak keluar parti ialah mereka yang tidak bertanggungjawab dengan amanah rakyat”



Sungguh sadis apabila ahli parlimen pembangkang yg keluar parti akibat hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan dikeji dan bermacam-macam lagi tuduhan dan cacian dilemparkan.


Terbaru ahli parlimen Kulim Bandar Bahru pula di pecat daripada menjadi ahli PKR dan diminta mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu.


Apa pula pandangan Nik Aziz mengenai perkara ini? Adakah Zulkifli Noordin juga telah mengkhianati amanah rakyat atau parti PKR yang mengkhianati amanah rakyat yang diberi kepada Zulkifli Nordin??