? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, January 9, 2010

Siapa "kita" dan siapa "mereka". Allahu akbar!!

Belum pun memerintah negara mereka telah mengadaikan(memperjuangkan utk pihak Kristian) sesuatu yang berharga oleh umat islam iaitu kalimah “Allah”.

Jika dahulu kita dengar mereka sering mempertahankan Islam kali ini tidak lagi kerana ingin menjada hati pihak yang berkepentingan.

Perlukah kita memberi mereka peluang mentadbir??

Ada seseorang menghantar komen kepada saya menyatakan kepada saya, jika mereka melakukan perkara yang salah seperti menghapuskan institusi raja, hak bumiputera dan lain-lain berkaitan melayu/islam sudah semestinya orang melayu akan membantah tindakan mereka.

Betul ke apa yang si penghantar komen tu cakap??

Tentang isu kalimah “allah” ini kita dapat lihat ada juga penyokong tegar mereka yang mempertahankan “statement” mereka-mereka ini yang mempertahankan penggunaan kalimah “allah” oleh pihak Kristian.

Maknanya apa yang di tulis oleh pengomen tu salah belaka.

Demonstrasi!!

Kita sibuk buat demo untuk negara kita sendiri tetapi mereka pula sibuk buat demo pasal negara luar.Aku tak cakap jangan tolong negara luar tetapi jangan asyik tengok rumah tangga orang lain kalau rumah tangga sendiri pun berantakan.

Jangan pula kalau kita "marahkan nyamuk seekor,kelambu kita bakar" dan "jangan pula marahkan zambry, kereta camry jadi mangsa" ( maaf sesiapa yang terasa )


Jelas?

Mari kita rapatkan ukhwah kita bersama untuk menguatkan lagi silaturrahim antara Islam yang semakin berjauhan akibat perbezaan parti politik.

Mereka dan kita tiada kena mengena dengan sesiapa yang hidup mahupun meninggal dunia.

Thursday, January 7, 2010

Lagi berita pemimpin keluar PKR dan Nizar kemalangan!!

KUALA LUMPUR 7 Jan. - Datuk Salehuddin Hashim mengesahkan beliau meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkuat kuasa hari ini. -Utusan-

Apa lagi yang boleh dikatakan? Makin hari makin ramai yang keluar dari parti PKR.Sedikit masa lagi hancurlah Pakatan Rakyat. Barisan Nasional kini berada begitu dekat dengan hati rakyat apabila Klinik 1Malaysia di lancarkan di Gemencheh yang begitu mendapat sambutan. Manakala program "UMNO Juara Rakyat" insyallah akan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Berbanding dengan Pakatan Rakyat tidak ada apa yang mereka lakukan melainkan ceramah umum tp berkisar politik sempit!

Nizar Kemalangan??




Semoga cepat sembuh dan insaf!!

Sedikit update dari Perak, ketika saya sedang menulis ini, MB Perak yang sah Dr Zambry sedang melawat Nizar Mabuk Kuasa di bilik Teratai, Hospital Besar Ipoh.


Wahai pencacai Fuckatan Riot, walau selalu dihina dan dicerca oleh Nizar KKK dan konco-konconya terhadap Dr Zambry, dia tetap juga pergi melawat dan melihat Bekas MB itu di Hospital, inilah dianya Dr Zambry, aku bukan nak puji dia tapi dia memang WORLD la!

Aku tabik kat MB Perak yang sah ni! Lagi satu beliau melawat Nizar tanpa pemberita tau, ini bermakna dia bukan nak mengejar publisti, dia pergi ke sana unbtuk melawat dengan ikhlas hati walau disambut dengan dingin oleh Bodyguard Nizar!

Korang nilaikanlah sendiri! Allahuakbar!

Tuesday, January 5, 2010

Khalid Samad dan Dsai kufur??

Ini respon Datuk Harun Din mengenai isu kalimah "allah". sini


Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama.Timbalan Mursidul Am PAS itu juga meminta pemimpin politik yang menyatakan persetujuan pengunaan nama Allah di kalangan pihak kristian mengkaji semula sokongan tersebut sambil menyeru umat islam bersatu pandangan dalam isu nama Allah ini.

Anwar Ibrahim dalam blognya memberitahu, "Kami berpendirian bahawa, keinginan masyarakat bukan Islam menggunakan kalimah “Allah” sebagai Tuhan adalah suatu perkembangan yang positif dan perlu diterima secara terbuka dan tidak perlu pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan untuk menjadikan isu ini sebagai agenda politik untuk menampakkan bahawa merekalah jaguh dalam mempertahankan Islam di negara ini.

p/s : Khalid Samad dan Anwar Ibrahim menyokong penggunaan kalimah "Allah" oleh Kristian. Adakah mereka telah kufur sebagai mana yang disebutkan oleh Datuk Harun Din?

Sendiri jawab...

Kalimah ALLAH Hak Kristian!!

Monday, January 4, 2010

Hikmah isu "ALLAH". Ucapkan Alhamdulillah!!

Alhamdulillah..

Ini yang mampu saya ucapkan setelah melihat keadaan sekarang!!

   Alhamdulillah bukan bermaksud saya bersyukur kerana mahkamah memutuskan pihak gereja Herland berjaya menggunakan kalimah "allah" sebaliknya kerana sejak akhir ini kita telah dapat melihat orang Islam kembali bersatu dan Insyallah akan terus bersatu!!

    Pelbagai parti politik dan NGO bersatu hati dalam mengembalikan hak Islam. Namun demikian terdapat juga sesetengah manusia yang menyokong tindakan mahkamah membenarkan kalimah "Allah" digunakan oleh agama Kristian!!

   Sekiranya perkara ini tidak dihalang, berkemungkinan akan menyesatkan orang Islam pada masa akan datang!?... Inilah yang dikatakan berperang secara HALUS!! Jika pihak Kristian sesangat mahu menggunakan kalimah "Allah" segeralah kamu semua menukar agama dan menjadi umat Islam. Nescaya tiada penentangan yang akan berlaku!!

   Hikmahnya semua ini berlaku adalah untuk menyatupadukan umat Islam di Malaysia kerana sejak akhir-akhir ini umat Islam sering berpecah dan bertengkar sesama sendiri mengenai hal politik. Seseungguhnya Allah Maha Mengetahui!!

Allah Hu Akbar!!
Allah Hu Akbar!!
Allah Hu Akbar!!

Friday, January 1, 2010

Mentaliti penyokong Pas, Dulu Kini dan Selamanya!!

Suasana 1

Selepas solat zohor di surau Pak Da, aku duduk di tepi ruang serambi surau sambil-sambil mendengar perbualan beberapa jemaah surau lain berbual. Sudah lama aku tidak mendengar suara mereka. Agak-agaknya sudah 3 bulan, aku tidak pulang ke kampungku.

”kita nok semayang ni kena pilih imam. Buat apa semayang belakang imam hok sokong orang yang nok lawan Islam.”

”kita dok bleh semayang belakang imam UMNO, klau semayang jugak, macam ada najis di kaki imam tu. Semayang mana sah.” bersungguh-sungguh pakcik tu luahkan rasa geramnya.

”dok soh (tak payah) gi lah semayang di masjid nun, imam bapok kepala (orang kuat ) UMNO..!!” tambah lagi seorang pakcik lain, menyokong.

Aku hanya mendengar tanpa sebarang kata.

Seorang pakcik menyentuh soal perkahwinan. ”si pulan tu, Dia Pas, laki (suami)dia UMNO. Dia kena cerai denga laki dia. Mana bleh kahwin dengan orang hok duk sokong pemimpin hok lawan Islam.”

”mana hok duk sokong pemimpin lawan Islam ni, dok jelas aqidoh dia. Bleh jadi kafir.” celah pakcik di depan ku.

Suasana 2
Aku telah diamanahkan untuk memegang bahagian dakwah PMIUM. Kesempatan aku pulang ke Terengganu ni, aku pergi menadah sedikit ilmu di rumah ustaz di kampung Rusila. Ilmu tentang dakwah Islam. Hanya untuk sedikit perkongsian minda untuk memikul amanah yang bakal aku kemudikan. Kami menggunakan sebuah kitab karangan ulama kontemporari, Yusof Al-Qardawi, ”Pengucapan Awam”.

Dalam ulasan tentang buku ini, ustaz banyak mngaitkan dengan perkara yang berlaku di dalam masyarakat melayu Terengganu dulu-dulu dan ada juga zaman akhir-akhir ini. Banyak perkara yang mengejutkan aku..

”dulu, masa ustaz kecik-kecik. Orang PAS tak bleh kahwin dengan orang UMNO. Kalau akad nikah dengan imam UMNO, akad nikah tu tak sah. Jadi, kena akad nikah balik dengan imam PAS baru sah.” jelas ustaz.

”sampai macam tu sekali ker ustaz.” tanya ku.

”Bukan setakat tu saje, dulu kalau hari raya haji, daging korban yang UMNO punya tak bleh makan. Haram. ”
Terkejut aku mendengarnya.

”kalau dapat daging korban daripada UMNO, ayah ustaz buang daging tu. Tak sah sembelihannya.” jelas ustaz lagi.

Ustaz sebut, ”kita ni dulu memahami Islam dengan pemahaman yang cetek, maklumlah orang kampung. Terlalu taksub pada parti, sampai sanggup ketepikan nilai-nilai Islam.”

Kesimpulannya ahlul Pas tetap dengan manteliti yang sesat. Ajaran sesat mana yang mereka ikut aku pun tak tahu lah. Mungkin mereka semua terlalu taksub dengan parti mereka sehingga jaid sedemikian rupa!!