? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, November 26, 2009

Bola sepak Perak..(PAFA)



Tahniah kepada YB Zainol kerana telah menyelamatkan bola sepak Perak. Nak harap tuan Presiden memang tak boleh harap. Laung satu dunia dia la yang paling hebat,berjiwa rakyat dan macam-macam lagi dengan melancarkan kempen bantu PAFA tapi masalah PAFA tak jugak dapat selesaikan.

Puak-puak penyokong pembangkang pulak ada yang menanggis(terharu) sebab Nizar pergi ke FAM jumpa Datuk Azzudin Ahmad. Padahal belum buat keputusan apa pun, baru p jumpa dah terharu. La ni BN yang selesaikan hal ini hangpa nak cakap apa pulak?? Bagus jugak lakonan nizar ni dapat memperdaya rakyat yang tak mempunyai akal fikiran akibat taksub dengan pemimpin.

    Ada pulak tu penyokong Pas yang mengatakan semua masalah ni berpunca daripada BN kononya dorang ni bersih sangat. "speanjang pengurusan nizar... Perak FA clean..x der gaji tertungga jurulatih, pemain, pengurus, kalu lu berak lu sendiri basuh lar dey, apsal cuci yetu taikk" . Kalau hangpa dah kata macam tu lepas la jawatan Presiden tu syg oi...biar orang yang bertanggungjawab cuci taik dalam PAFA tu..

Nampak sangat la orang tu gila kuasa maklum la tiba-tiba kuasa yang dipegang hilang dengan tiba-tiba. Baru nak merasa ada kuasa tiba-tiba hilang sekelip mata. Semoga pasukan Perak akan berjuang habis-habisan dan membawa pulang Piala Malaysia tahun hadapan. "Skor yop skor"

                                                                                                                                                              

Salam Aidiladha


Wednesday, November 25, 2009

Edisi Pagi : Analisis Kota Siputeh

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.


Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi……………………………………………………………….

Orang Muda : 1.Apa gunanya BN membuat rayuan jika hal ini menampakkan BN seperti takut pada pihak lawan. Munkin ini strategi BN untuk menyakinkan rakyat bahawa BN tidak mengawal mahkamah.

2.Pada dasarnya perkara ini memag betul tetapi jika dilihat dari sudut pertembungan BN & PR rakyat telah membuat tanggapan yang buruk terhadap BN. Walaupun PR mempunyai krisis yang banyak tetapi mereka tetap berkerja untuk meyakinkan rakyat mereka kononya adalah hero.

3. Akibat daripada pilihanraya kecil yang berterusan sebelum ini rakyat sudah lali dengan semua ini dan ada sesetengah rakyat yang sering menantikan supaya pilihanraya diadakan setiap bulan. BN perlulah kuat seperti dahulu ketika zaman Mahathir,namun begitu krisis MCA telah menjejaskan BN.

4. BN perlu buang perasaan gentar terhadap Pakatan Rakyat kerana pada hakikatnya Pakatan Rakyat bukan sekuat mana cuma pad a waktu ini BN yang lemah

5.BN boleh meniru slogan “lawan tetap lawan” daripada seorang hamba allah ini tetapi janglah meniru slogan “tangguh tetap tangguh”. OM percaya BN akan dapat mengekalkan kerusi DUN Kota Siputeh akibat daripada kecuaian ADUN BN sendiri.

CALON

TPM telah menafikan khabar angin bahawa Muhkriz Mahathir akan menjadi calon Dun Kota Siputeh

Orang Muda :

TPM telah membuat keputusan yang tepat kerana jika Mukhriz dicalonkan ini menunjukkan BN ketandusan pemimpin. Walaupun BN akan menang besar(insyallah) jika mukhriz bertanding tetapi itu semua jangka masa pendek, jangka masa panjang akan menunjukkan BN ketandusan pemimpin.Pakatan Rakyat akan mengambil peluang mereka ini untuk sensasikan berita bahawa BN telah ketandusan pemimpin.Oleh itu calon yang masih “fresh” perlulah menjadi taruhan BN.

Sunday, November 22, 2009

Edisi Musim Banjir : Kemenangan moral bagi BN

SHAH ALAM – Pas berhadapan laluan sukar untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah disebabkan Kota Siputeh itu adalah kubu kuat UMNO/Barisan Nasional (BN).


Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain kubu kuat, pemilihan calon sebutan ramai, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga menyebabkan Pas berhadapan masalah meraih kemenangan di kawasan tersebut.

Menurutnya, Pas dan parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu PKR dan DAP tidak harus memandang remeh akan kelebihan UMNO/BN itu.


“Jika Mukhriz calonnya, kita (Pas, PKR, DAP) perlu pandang :serius sebab (Mukhriz) ada banyak kelebihan. Selain mempunyai jawatan dalam kerajaan iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, (Mukhriz) dilihat sebagai tokoh yang tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi.


“(Mukhriz) juga Ahli Parlimen Jerlun dan disegani semua penduduk di situ. Malah, kelebihannya sebagai anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan satu bonus kerana sebahagian anak-anak muda di situ melihat Tun Mahathir sebagai pemimpin di hormati,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Saifuddin, kelebihan parti kerajaan tidak bermakna Pas juga tidak miliki sebarang keistimewaan tersendiri.

Katanya, kelebihan tunggal parti pembangkang adalah kejayaan menubuhkan kerajaan PR di Kedah.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, walaupun DUN Kota Siputeh kubu kuat UMNO/BN, tidak bermakna Pas telah gagal sebelum berjuang.

“Kita (PR) akan pastikan menggempur habis-habisan DUN itu sekiranya Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) memutuskan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh perlu diadakan.

“Kita begitu optimis mampu membuat kejutan besar sekiranya jentera PR di semua peringkat melipat gandakan gerak kerja dan bekerjasama dalam semua aspek untuk pastikan DUN Kota Siputeh milik kita,” katanya.

Mengulas berkaitan PR yang berhadapan pelbagai krisis sejak kebelakangan ini, Saifuddin berkata, itu bukan penghalang pakatan pembangkang menawan Kota Siputeh.

“Apa-apa yang berlaku merupakan proses mematangkan semua ahli. Saya melihat, itu bukan masalah utama dan harapan saya agar semua ahli pakatan mengetepikan sebarang hal remeh temeh ketika kita bergabung tenaga pada pilihan raya kecil di Kedah nanti,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6033487.asp

Orang muda : Sekiranya Mukhriz menjadi calon PRK Dun Kota Siputeh diharapkan jentera BN berkerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan besar BN di Dun berkenaan.

note : Kepada sesiapa yang rumahnya dinaiki air diharap bersabar dengan ujian tuhan.

Friday, November 13, 2009

Pas mungkin akan hilang Kelantan dan Kedah

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.


"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.


Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.


Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.


Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.


Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.


"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.


Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.


Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.


"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.


Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.


Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, hilang sokongan dan imej negatif adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.


Katanya, apa yang mustahak ialah setiap parti politik perlu memahami aspirasi ahli dan dalam konteks Pas, Abdul Hadi harus selari dengan apa diingini ahlinya serta rakyat keseluruhan yang sebelum ini menyokongnya.


Mengenai hasrat penyokong parti itu yang ingin Pas berdiri sendiri tanpa perlu bersatu dengan DAP, Mohamad Agus menjelaskan, perkara itu mustahil jika parti tersebut bercita-cita ingin menerajui kerajaan Pusat.


"Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya


p/s  : Pemimpin BN perlu turun padang untuk menyakinkan pengundi. Jentera BN perlu berkerja lebih keras.

Thursday, November 12, 2009

Edisi Musim Tengkujuh :Pas harus bertanggunjawab

TANJUNG MALIM 11 Nov. – Keengganan Pas meneruskan rundingan kerajaan perpaduan bersama UMNO menyebabkan masyarakat Melayu terus berpecah. Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, perpecahan itu akan menjadi semakin ketara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


“Saya kira kaum Melayu akan tetap berpecah daripada segi fahaman politik.

“Selagi Pas tidak mahu kerjasama dengan parti-parti selain dalam pakatan pembangkang, harapan kita untuk mengadakan kesepakatan yang lebih baik tidak akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Pembangunan Ekonomi dan Pembinaan Bangsa’ anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Tengku Razaleigh mengulas peluang dan harapan politik serta ekonomi orang Melayu pada masa depan berdasarkan tindakan Pas menutup ruang kerjasama sekalipun UMNO beberapa kali menyatakan kesediaan demi kepentingan bangsa dan agama Islam.

Beliau menambah, keengganan Pas juga mungkin disebabkan keyakinan parti itu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan hanya bekerjasama dengan parti-parti pembangkang.

p/s : Apa salahnya kita sesama bangsa dan agama bersatu padu.

Wednesday, November 11, 2009

Edisi Sejuk : Rehatkan Minda




Kita lepak-lepak malam ni..hidup mesti mau happy...;}

Edisi Panas :PKR tidak memperjuangkan Islam??

Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin - yang sentiasa lantang bersuara - hari ini mencabar R Sivarasa supaya meletak jawatan naib presiden PKR dan bertanding melawannya.


"Saya cabar Sivarasa letak jawatan dalam tempoh 24 jam dan lawan saya - satu lawan satu," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

"Serahkan kepada ahli PKR untuk melaksanakan hak demokrasi mereka untuk memutuskan sama ada ianya dasar parti ini untuk mempertahankan hak Islam dan orang Islam atau sebaliknya," katanya.

Zulkifli membuat cabaran itu ketika menjawab kenyataan Sivarasa dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa amaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wakil rakyat PKR, ditujukan kepada Zulkifli.

Ahli parlimen Kulim Bandar Baru itu berkata beliau sanggup keluar parti jika beliau kalah kepada Sivarasa dalam pertandingan jawatan naib presiden.

Katanya, beliau sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti yang tidak mempertahan dan tidak berjuang untuk menegakkan Islam dan hak umat Islam.


Orang Muda : Memang tak percaya PKR pun....

Sunday, November 8, 2009

Imej Pas merosot?



Imej Pas semestinya sudah merosot kerana golongan muda sudah menolak perjuangan Pas yang hanya berlandaskan nafsu. Perjuangan Pas dalam Pakatan Rakyat bukanlah sama perjuanganya suatu ketika dahulu yang berlandaskan islam.


Perjuangan Pas bersama pakatan rakyat hanya berlandaskan hawa nafsu untuk menjatuhkan pihak kerajaan. Golongan muda hari ini lebih cerdik untuk menilai mana yang baik mana yang buruk. Jika dahulu Pas memperjuangkan hudud tetapi hari ini semakin kurang isu hudud di sebut oleh Pas hanya untuk menjaga hati sahabat karib dalam Pakatan Rakyat.

Golongan muda yang menolak Pas bukanlah golongan yang tidak ada pendedahan agama tetapi merupakan golongan yang sanggup berkorban untuk mempertahankan hak keistimewaan melayu/islam. Sekarang sudah terlihat bayang-bayang kehancuran institusi raja-raja. Semakin ramai berani mempersoal institusi raja seperti berlaku di Perak akibat taksub dengan pemimpin parti.

Selain itu,kita juga perlu pembangunan untuk memajukan diri kita dan negara. Jika golongan muda menolak Barisan Nasional bermakna mereka menolak pembangunan kerana hanya Bn yang mampu melaksanakan pembangunan. Sebagai contoh, jika kita mendengar ceramah parti pembangkang soal pembangunan tidak terlintas di bibir mereka melainkan hanya menghentam pihak kerajaan.

Oleh itu, kita sebagai golongan muda perlulah memikirkan anak cucu kita walaupun kita masih muda tidak salah jika kita memandang kehadapan untuk memastikan melayu tetap menjadi tuan di Malaysia tanah air kita ini.

Semangat Bagan Pinang di Bukit Jalil

Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam saingan Liga Malaysia, setelah menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Kemenangan ini membolehkan Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun setelah kali terakhir mendakapnya pada 1948 ketika piala itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Status 'underdog' nyata tidak menjejas corak permainan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu apabila membuka jaringan seawal minit ke-18.

Pemainnya Shahurain Abu Samah berjaya melepaskan rembatan kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan lawan Mohd Zamri Ramli sekaligus menceriakan kira-kira 15,000 penyokong Negeri Sembilan.

Tersentak dengan gol itu, Kelantan yang ditemani sekurang-kurangya 70,000 penyokongnya terus memperkemaskan permainan yang berlangsung dalam hujan renyai dengan melancarkan beberapa serangan, namun gagal memecahkan benteng lawan yang diketuai oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Negeri Sembilan turut berpeluang untuk menambah jaringan dengan pemain pinjamannya dari T-Team, Hairuddin Omar yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang, namun dikecewakan Mohd Halim untuk kedudukan kekal 1-0 separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang terdesak untuk mencari gol penyamaan mengeluarkan dua penyerangnya Norhisham Hassan dan Mohd Nizad Ayub dengan memasukkan dua penyerang berpengalaman iaitu Che Hishammuddin Hassan dan Mohd Khalid Jamlus.

Namun Negeri Sembilan semakin garang apabila Hairuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-46 setelah bijak meloloskan diri daripada pertahanan Kelantan hasil hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Pada minit ke-58, Negeri Sembilan mengesahkan kemenangan apabila penyerang kebangsaan Mohd Zaquan menyempurnakan sepakan penalti setelah Shahurain dijatuhkan Mohd Zamri dalam kotak penalti.

Gol itu menyebabkan sebahagian besar penyokong Kelantan bertindak meninggalkan stadium dan sesetengahnya membakar bendera, kain rentang, kerusi dan mercun.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin akhirnya menjaringkan gol untuk Kelantan pada minit ke-93 (masa tambahan) setelah menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti, sekaligus merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol.

Kekalahan ini menambah lagi duka Kelantan musim ini setelah tewas kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala FA, April lepas, malah pasukan pantai timur itu tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak ia diperkenalkan 88 tahun lepas.

Berangkat menyaksikan perlawanan itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra; dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Wan Jamak berkata gol awal memang diperlukan mana-mana pasukan jika beraksi di perlawanan akhir dan Shahurain berjaya merealisasikannya.

"Gol itu dapat menentukan hala tuju permainan pasukan dan serta-merta dapat mengubah corak permainan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata pemain-pemain Negeri Sembilan telah membuktikan mereka mempunyai jati diri dan kekuatan mental yang tinggi walaupun berdepan dengan ribuan penyokong lawan.

"Saya memang berkeyakinan untuk menang jika berdasarkan perlawanan-perlawanan yang dilalui sepanjang saingan Piala Malaysia, namun tidak mahu terlalu yakin," katanya yang turut berbangga dengan rekod Negeri Sembilan merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah pada Piala Malaysia.

Sementara jurulatih Kelantan, B Sathinathan berkata gol kedua lawan telah menyebabkan pemain-pemainnya lemah semangat untuk kembali melawan.


"Saya juga menghadapi kesukaran untuk menukarkan Mohd Zamri di bahagian pertahanan walaupun beliau telah melakukan beberapa kesilapan kerana terikat kepada peraturan.


"Mohd Zamri merupakan pemain bawah 19 tahun di mana Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mensyaratkan perlu ada seorang pemain bawah umur itu sepanjang permainan, masalahnya seorang lagi pemain Kelantan merupakan penyerang," katanya. BERNAMA

komen : Nampak gayanya semangat Bagan Pinang masih dirasai...Kelatan berputih mata kerana bermain dlm keadaan tertekan. Penyokong Kelantan memang hebat habis kerusi nk dibakarnye...Lepaih ni nk bakar ape pulak ye?????

Friday, November 6, 2009

AJK masjid pertahankan tindakan jemputan dr xavier

Seorang ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Andalas mempertahankan tindakan menjemput exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap di satu majlis berbuka puasa di situ, Ogos lalu.


Mohamad Tarmizi Ismail berkata, setakat ini tidak ada arahan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid-masjid di negeri itu dimasuki oleh orang bukan Islam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk mengambil tindakan terhadap jawatankuasa majlis itu kerana membenarkan Dr Xavier, yang juga ADUN PKR bagi Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu.

Kehadiran Dr Xavier di masjid tersebut dibantah oleh pergerakan Pemuda Umno Kota Raja yang menghantar memorandum kepada Jais memintanya menyiasat tindakan jawatankuasa masjid itu.

"Setakat ini tidak ada apa-apa arahan kepada masjid yang melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid," tegas Mohamad Tarmizi.

"Sepatutnya Jais keluarkanlah arahan rasmi (dahulu) supaya jelas kepada seluruh umat Islam di Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan pengarah Jais itu bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita Islam yang didatangi haid, Mohamad Tarmizi menjawab:

"Itu saya tidak boleh jawablah, sebab saya bukan mufti.



Reaksi Dr Xavier

"Tapi kalau kita sekat orang bukan Islam datang ke masjid, macam mana kita nak sampaikan dakwah kepada mereka?


"Tapi Masjid Negara dan Masjid Putrajaya pun boleh dikunjungi oleh orang bukan Islam.


"Masjid-masjid ini sediakan jubah untuk wanita bukan Islam supaya mereka menutup aurat ketika masuk masjid," tambahnya.


Menurut Mohamad Tarmizi lagi, Masjid Taman Sri Andalas bagaimanapun tidak mempunyai prasarana sebegitu untuk kemudahan wanita bukan Islam menutup aurat.


Jelasnya lagi, Dr Xavier sekadar memberi ucapan aluan di majlis berbuka puasa tersebut yang dihadiri kira-kira 300 orang jemaah.


"Belaiu cuma berucap alu-aluan saja, bukannya ceramah atau apa. Berucap pun sekejap saja sebab pada masa itu sudah dekat hendak berbuka sangat," kata ahli jawatankuasa itu.


Tambahnya, selain Dr Xavier, turut berucap di majlis itu ahli parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.


Sementara itu, akhbar Sinar Harian hari ini memetik Dr Xavier sebagai menafikan dakwaan di laman blog yang beliau memberikan ceramah di masjid tersebut.


Beliau dilaporkan ke masjid tersebut bagi memenuhi undangan majlis berbuka puasa bersama penduduk kawasan terbabit memandang exco kesihatan dan hal-ehwal bukan Islam itu seorang ADUN di situ.


Dr Xavier mengakui memasuki masjid tersebut tetapi hanya memberi ucapan alu-aluan di majlis tersebut yang disifatkannya sebagai aktiviti bersama rakyat yang sentiasa beliau penuhi.

komen : hak tuihhh

Thursday, November 5, 2009

Blogger UMNO-PAS hebat

Pas bertindak membuat konvensyen blogger Pas bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS. Mungkin sebelum ini blogger Pas tak buat kerja.


Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu. (sebenarnya blogger PAS bukan menabur fitnah kepada parti PAS tetapi bercakap sesuatu yang betul)

"Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi. Penganjur juga katanya berhasrat menjadikan blogger PAS ini sebagai kumpulan yang mampu berdepan kumpulan 'cyber troopers' Umno BN dalam usaha mematahkan hujah yang dilempar kumpulan itu.(nampak gaya blogger PAS pun tumpang sekaki dengan blogger pro umno menyerang parti itu,ini bukti bahawa mereka berani bercakap benar)

Orang muda : Pas akan bertindak lebih berani untuk menyerang UMNO dengan mempergunakan blogger   PAS yang semakin mengetahui tembelang parti yang mereka sanjungi itu.

Wednesday, November 4, 2009

PAS diambang perpecahan..

Pas nampaknya berada diambang perpecahan teruk, dengan dua pemimpin dan tok gurunya, Nik Aziz daei kelantan dan Hadi dari Tereangganu,bersiao sedia untuk berkonfrontasi mengenai apa yang dikatakan 'pemimpin bermasalah' iaitu Hassan Ali dan mengelirukan di Selangor,di samping keakraban yang dilihat terjalin antara beberapa pemimpin PAS Terengganu dan pemimpin UMNO.




Sesungguhnya,parti yang berwajah agama itu dijangka menghadapi krisis politik teruk Sabtu ini
(7 November),apabila apayang secara halus,dipanggil ' seminar' itu diadakan..