? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, December 31, 2009

Tagline "CELAKO" Paling Popular 2009!!


CELAKO, CELAKO, CELAKO!!

Mengapa seorang yang digelar Ulama bersikap demikian????Sanggup menghamburkan kata-kata yang boleh menyakiti hati orang lain. Agaknya Nik Aziz bergurau cara kasar kot?

CELAKO!!!

Aku suka tagline ni "CELAKO". Seorang yang bijak ilmu agama mempunyai tagline yang tak sedap di dengar. Kalau Mawi " World" , Stacy " Alamak Terlebih Sudah" , Dafi "Baik Punya" , Nik Aziz "Celako"

Untuk memilih tagline yang paling popular tahun 2009 sila hantar undian taip CELAKO hantar ke (alamat rumah anda sendiri!!)

ps: tagline aku "cokodok"

Tuesday, December 29, 2009

Rusuhan dan Kebetulan!!?(Pakatan Rusuhan)

ALOR SETAR - Dendam 13 tahun Perlis berbalas malam tadi apabila mencipta kemenangan 2-0 ke atas Kedah untuk menjuarai perlawanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 dalam saingan akhir mendebarkan yang turut dicemari rusuhan penonton di Stadium Darulaman, di sini.



Insiden tersebut berlaku pada lima minit terakhir permainan apabila sebilangan penonton memasuki padang untuk memaksa pengadil Mohd. Nazer Mohd. Said dari Selangor memberhentikan perlawanan pada lima minit terakhir saingan.-utusan-

Rusuhan!!Rusuhan!!Rusuhan!!
Merusuh!!Merusuh!!Merusuh!!
Pakatan Rusuhan!!!

Memang sesuai sangat!!Tindakan penyokong Kedah amat memalukan ketika perlawanan Puncak Piala Emas Raja-Raja 2009 dalam saingan akhir. Adakah mereka telah terikut-ikut sikap Pakatan Rusuhan yang sering melakukan rusuhan??

Mengimbas kembali mengenai rusuhan atau tindakan yang tidak bertamadun daripada penyokong Kelantan yang diperintah oleh PAS(Pakatan Rakyat).

Perkara sama berulang terhadap pasukan Kedah pula kali ini. Aku bukan la nak menuduh tetapi adakah semua ini kebetulan?? Mungkin inilah hasil daripada pemimpin yang membawa budaya rusuhan ke Malaysia.

Mungkin!!  

Friday, December 25, 2009

Lahabau : Blog sampah??


Tong sampah digunakan utk buang blog sampah PR


KOTA BHARU 24 Dis. - Blog Nik Amalina Nik Abdul Aziz yang menyentuh tentang kepimpinan Pas negeri dan kerajaan Kelantan akan dianggap sebagai blog sampah di dalam Internet sekiranya dia bukan anak Menteri Besar Kelantan. -Utusan-




Blog Sampah?? Wahai nik aziz, anwar dan semua pimimpin tak kira la mana parti pun,ambo minta kita tak perlu la guna blog lagi sebabnya ada lahabau yang bising apabila Nik Amalina menyentuh hal parti dalam blognya baru-baru ini. Mungkin blog pemimpin bukan blog sampah tapi blog pencacai Pakatan Rakyat semestinya blog sampah.

Biar la Nik Amalina nak dedah benda yang buruk dalam Pas,lahabau yang lain tak perlu la takut..Benda salah kita tegur,benda baik kita kongsi sama-sama.Benda salah nak disimpan,apa kejadahnya??Lagipun beliau membela suaminya, sesiapa yang terasa dalam penulisan beliau, nasib la ye..haha

p/s : blog aku bukan sampah..muahahaa

Thursday, December 24, 2009

Hikmah Enjin Pesawat Hilang

Negara digemparkan dengan berita kehilangan enjin jet pejuang baru-baru ini, tp adakah kita fikir akan hikmah yang berlaku semua ini...

Adakah suatu hari nanti jet atau kapal terbang akan berjaya terbang tanpa menggunakan enjin??

Kita tunggu!!

Sunday, December 20, 2009

Perhimpunan Aman di Ipoh!!

Perhimpunan aman ini bertujuan menghantar memorendum ke pejabat DAP di Ipoh. Perhimpunan ini tidak di cemari kekasaran dan pihak polis berjaga dari jam 2.30 sehingga perhimpunan tamat jam 5 petang.





Ianya juga bertujuan mendesak kepimpinan DAP Perak meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia tentang beberapa isu sensitif berkaitan agama ISLAM dan bangsa Malaysia atas ketelanjuran kata-kata secara segaja atau pun tidak.








Saturday, December 19, 2009

Gempar : UMNO dihina lagi...




Lahanat mana yang buat benda bodoh ni?? kalau aku dapat tau siapa punya angkara semua ini, aku akan pastikan orang yang buat benda ini tak senang hidup..PERCAYLAH!!!

Aku terjumpa account lahanat ni dalam youtube malam semalam..

Account ni baru dibuat pada 11 December oleh seseorang lahanat yang tidak dikenali.




Untuk lihat klik (sini)


Friday, December 18, 2009

Alasan Yang Boleh Digunakan Oleh MP PR Mungkin???!



1. Sibuk dengan ternakan lembu,kambing dan kucing gamaknya.


2. Agaknya battery “handphone” belum caj, tak dapat mesej dalam Parlimen (mcm kawan dia kat Penang) keh keh keh

3. Sibuk buat ceramah hentam dan memaki pihak yang tak sekepala dengan mereka (pk la sendiri)

4. Tak larat tunggu lama-lama agaknya, isteri sedang menunggu di rumah (hal dengan isteri lagi penting gamaknya)hahaha

5. Agaknya bagi semangat kepada pasukan bola sepak Vietnam kot (maklumla Vietnam kan negara komunis)

6. Terlupa rancangan “kepala” mereka mengenai rancangan rampasan kuasa secara halus (guna cara kotor nk jadi kerajaan ke??)

7. Keluar shopping dengan anak bini beli baju baru gamaknya.

Mungkin semua alasan ini boleh digunakan untuk menggelakkan diri dimarahi oleh "BOSS"

Orang muda :  Datang kerja lambat tak pernah bagi alasan..

Wednesday, December 16, 2009

Soalan : Botol Apa Tu???


 

                                                            Gambar oleh :  Parpukari


Mari kita main teka-teki...
Botol apa agaknya di hadapan mereka di dalam gambar???

a. Air kosong
b. Tody Cap Ayam
c. Air Limau Perisa Tembikai
d. Air CAP Kapak(menyejukkan badan)

Bila kita lepak-lepak dengan Mat Salleh, kita pun kena jadi macam Mat Salleh la. Baru la orang pandang kita ada gaya.




Sama-sama kita menantikannya!!??




Kuatnya desas-desus maklumat dalaman bahawasanya PAS akan menyingkirkan Hasan Ali sebagai ahli PAS. Hasan Ali telah dianggap sebagai duri dalam daging PAS. Hasan Ali memang menantikan saat manis itu. Hasan akan jadi lebih perkasa.



Pergolakan dalaman PAS Selangor jelas merupakan tanda awal di mana keutuhan Kerajaan Pakatan di Selangor akan jadi goyah. Kita lihat sahaja statistik di mana jumlah ADUN PKR dan DAP hanya berbeza seorang sahaja. Kiranya nanti Hasan akan disingkirkan dari PAS dan menjadi ADUN Bebas maka kedudukan di Selangor benar-benar berubah. 20 + 2 = 22 untuk Pembangkang dan Kerajaan Selangor hanya disokong oleh 14 +13 +7 = 34. Bezanya kini cumaa 12 orang. Jika 6 orang lagi penyokong Kerajaan berpaling tadah maka, jika undi tak percaya kepada MB dibuat pastinya Khalid akan tumbang. Kerana Speaker tidak boleh mengundi dan keputusannya akan menjadi 28-27.

sumber : perak bangkit

p/s : Jika benarlah semua ini, nampak gayanya menanggis lagi la puak sebelah sana. Almaklumlah, belum
       puas jadi kerajaan.  

nota : tidur sekatil, mimpi lain-lain. 
      

Sunday, December 13, 2009

Dilema penyokong PAS

Penulis berasa simpati dengan penyokong dan ahli Pas.......simpati untuk penyokong Pas sahaja(PKR dan DAP penulis dah tak kisah).Mereka sekarang dalam dilema kerana terpaksa mengikut pemimpin mereka yang begitu terdesak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.


Kenapa mereka dalam dilema??

Mereka(penyokong PAS)berasa geram,marah dan sedih apabila DAP mula berani mengungkit hak bumiputera dan semakin berani menyentuh mengenai agama Islam.

Tetapi perasaan mereka itu ditahan dan disemadikan di dalam hati masing-masing kerana mereka taat kepada pemimpin mereka bak kata pepatah " biar hatiku parah,asalkan parti ku menjadi kerajaan"(baru punya). Mereka tidak mampu meluahkan perasaan itu kerana risau sekiranya parti mereka akan dilandan tsunami yang lebih besar daripada tsunami yang melanda BN pada PRU12.

Oleh kerana meletakkan parti dihadapan berbanding agama dan bangsa, mereka merelakan segalanya yang di ungkit oleh DAP. Penulis percaya ramai di kalangan ahli PAS yang tidak setuju dengan tindakan DAP sejak kebelakangan ini yang berani mempersoal hak melayu/islam tetapi mereka sanggup menipu diri mempertahankan perkara ini "menegakkan benang yang basah"

Sekiranya DAP bukan rakan subahat PAS, bermacam-macam suara lantang dan kecaman yang akan mereka lontarkan kepada DAP tetapi realitinya PAS adalah rakan subahat DAP. Justeru, mereka mengambil sikap berdiam diri.

Apalah nasib diriku(penyokong PAS)yang malang,oh tuhan...tak guna berdiam diri...

Saturday, December 12, 2009

Jangan jadi biaDAP!!!!!

Sungguh biaDAP..itulah yang mampu aku luahkan buat masa ini..sikap biadap segelintir pemimpin parti politik yang berani mempertikai hak melayu/islam semakin terserlah..mengapa semua ini berlaku,masih kurang pengetahuan mengenai perlembagaan atau kononya mahu menjadi hero rakyat bukan melayu/islam?

Pening sungguh aku memikirkan mengenai hal ni..kalau cakap lebih dikatakan racist tp bila ada pemimpin yang mengungkit hak melayu tidak pula racist malah dikatakan menolong rakyat..Apa kejadahnya?

Cuba la mencontohi sikap Tim. Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP)negeri, Ravi Chandran yang begitu peka mengenai perlembagaan dan tolak ansur orang Melayu.

" Masyarakat Melayu telah banyak bertolak ansur denagan kaum lain, tetapi mengapa kaum lain sering mempersoalkan tentang ketuanan Melayu, kenapa kaum lain tidak boleh bertolak ansur dan sedar akan asal usul mereka sendiri"- dipetik dari akhbar Sinar Harian @ Perak.

Meraka yang mempertikai ketuanan Melayu tidak sepatutnya tinggal di Malaysia.

Friday, December 11, 2009

Melayu jangan takut di bumi sendiri...


Semakin hari semakin parah org melayu di kerjakan oleh kaum pendatang. Isu-isu berkaitan melayu/islam semakin berani kaum pendatang menyentuh. Terbaru isu pembinaan masjid yg dibangkitkan oleh Nga Kor Ming. Sebelum ini Kula menyentuh mengenai hak Melayu sekarang hak sebagai hak Islam pula. Mereka ini dilahirkan dalam dunia politik DAP yang semakin biadap sejak kebelakangn ini.


Tahniah kepada pemimpin yang menentang tindakan Nga Kor Ming ini, ketepikan politik dalam hal sebegini. Sepatutnya Nga Kor Ming perlu lebih faham mengenai hal ini kerana ini akan membangkitkan kemarahan orang Melayu/Islam. Apa salahnya sekiranya Nga Kor Ming dan semua wakil rakyat bukan Melayu/Islam menjelaskan kepada rakyat mengenai undang-undang yang termaktub dalam perlembagaan. Bukankah tindakan itu lebih baik berbanding mengungkit hal yang sensitif?

Pemimpin yang mempertahankan sikap biaDAP Nga Kor Ming harus bertaubat dan carilah identiti sebenar anda,walaupun anda seorang pemimpin pembangkang janganlah isu agama pun di jadikan isu politik..apa kejadahnya ini semua???

Wednesday, December 9, 2009

Nizar komunis : Nga Kor Ming persoal kerajaan bina banyak masjid

KUALA LUMPUR 8 Dis. – Seorang ahli Parlimen DAP hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.


Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, walaupun mengalu-alukan usaha kerajaan memartabatkan agama Islam tetapi pada masa sama berasa kesal kerana rakyat bukan Islam telah dianaktirikan sedangkan mereka juga adalah pembayar cukai.

Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak berkata, sebab itu kerajaan Pusat harus belajar daripada kerajaan campuran DAP, Pas dan PKR di Perak dahulu serta kerajaan Pas Kelantan yang membenarkan pembinaan tokong terbesar di Asia Tenggara walaupun turut memartabatkan Islam.

“Dan kerajaan pakatan pembangkang di Perak ketika memerintah dulu banyak menawarkan tapak tanah kepada kuil-kuil Hindu, gereja dan tokong supaya rakyat penganut agama tersebut tidak merana dan berasa terpinggir,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang diedarkan di pusat media Parlimen di sini hari ini.

Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja.

Katanya, ini berdasarkan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop terhadap soalan dikemukakan beliau bahawa kerajaan telah menggunakan tabung wang rakyat sebanyak RM748.26 juta untuk membina masjid melalui peruntukan khas Perdana Menteri.

‘‘Bagaimanapun tidak ada perancangan yang bersistem, struktur dan agihan peruntukan adil diberikan kepada penganut agama bukan Islam.

‘‘Menurut jawapan kerajaan, kerajaan Persekutuan hanya memperuntukkan RM9 juta untuk bantuan kepada semua institusi ibadat bukan Islam dalam tempoh 2003 hingga 2008 iaitu satu jumlah 1.2 peratus sahaja,” jelasnya.

Kor Ming menegaskan, prinsip pertama Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan dan oleh itu semua rakyat Malaysia termasuk rakyat bukan beragama Islam harus menerima ajaran agama yang betul.

Menurut beliau, justeru adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu pembangunan pendidikan rohani rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam juga.

‘‘Semua rakyat adalah pembayar cukai, adalah tidak adil penganut agama bukan Islam dianaktirikan,” jelasnya.


Orang muda : Aku dah tak tahan tengok perangai cina DAP yang makin teruk ni. Dah berani ungkit semua hal berkaitan Melayu/Islam. Aku cadangkan kita semua buat kempen menghapuskan DAP!! Aku tak racist!!

Thursday, November 26, 2009

Bola sepak Perak..(PAFA)



Tahniah kepada YB Zainol kerana telah menyelamatkan bola sepak Perak. Nak harap tuan Presiden memang tak boleh harap. Laung satu dunia dia la yang paling hebat,berjiwa rakyat dan macam-macam lagi dengan melancarkan kempen bantu PAFA tapi masalah PAFA tak jugak dapat selesaikan.

Puak-puak penyokong pembangkang pulak ada yang menanggis(terharu) sebab Nizar pergi ke FAM jumpa Datuk Azzudin Ahmad. Padahal belum buat keputusan apa pun, baru p jumpa dah terharu. La ni BN yang selesaikan hal ini hangpa nak cakap apa pulak?? Bagus jugak lakonan nizar ni dapat memperdaya rakyat yang tak mempunyai akal fikiran akibat taksub dengan pemimpin.

    Ada pulak tu penyokong Pas yang mengatakan semua masalah ni berpunca daripada BN kononya dorang ni bersih sangat. "speanjang pengurusan nizar... Perak FA clean..x der gaji tertungga jurulatih, pemain, pengurus, kalu lu berak lu sendiri basuh lar dey, apsal cuci yetu taikk" . Kalau hangpa dah kata macam tu lepas la jawatan Presiden tu syg oi...biar orang yang bertanggungjawab cuci taik dalam PAFA tu..

Nampak sangat la orang tu gila kuasa maklum la tiba-tiba kuasa yang dipegang hilang dengan tiba-tiba. Baru nak merasa ada kuasa tiba-tiba hilang sekelip mata. Semoga pasukan Perak akan berjuang habis-habisan dan membawa pulang Piala Malaysia tahun hadapan. "Skor yop skor"

                                                                                                                                                              

Salam Aidiladha


Wednesday, November 25, 2009

Edisi Pagi : Analisis Kota Siputeh

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan sementara perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.


Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi……………………………………………………………….

Orang Muda : 1.Apa gunanya BN membuat rayuan jika hal ini menampakkan BN seperti takut pada pihak lawan. Munkin ini strategi BN untuk menyakinkan rakyat bahawa BN tidak mengawal mahkamah.

2.Pada dasarnya perkara ini memag betul tetapi jika dilihat dari sudut pertembungan BN & PR rakyat telah membuat tanggapan yang buruk terhadap BN. Walaupun PR mempunyai krisis yang banyak tetapi mereka tetap berkerja untuk meyakinkan rakyat mereka kononya adalah hero.

3. Akibat daripada pilihanraya kecil yang berterusan sebelum ini rakyat sudah lali dengan semua ini dan ada sesetengah rakyat yang sering menantikan supaya pilihanraya diadakan setiap bulan. BN perlulah kuat seperti dahulu ketika zaman Mahathir,namun begitu krisis MCA telah menjejaskan BN.

4. BN perlu buang perasaan gentar terhadap Pakatan Rakyat kerana pada hakikatnya Pakatan Rakyat bukan sekuat mana cuma pad a waktu ini BN yang lemah

5.BN boleh meniru slogan “lawan tetap lawan” daripada seorang hamba allah ini tetapi janglah meniru slogan “tangguh tetap tangguh”. OM percaya BN akan dapat mengekalkan kerusi DUN Kota Siputeh akibat daripada kecuaian ADUN BN sendiri.

CALON

TPM telah menafikan khabar angin bahawa Muhkriz Mahathir akan menjadi calon Dun Kota Siputeh

Orang Muda :

TPM telah membuat keputusan yang tepat kerana jika Mukhriz dicalonkan ini menunjukkan BN ketandusan pemimpin. Walaupun BN akan menang besar(insyallah) jika mukhriz bertanding tetapi itu semua jangka masa pendek, jangka masa panjang akan menunjukkan BN ketandusan pemimpin.Pakatan Rakyat akan mengambil peluang mereka ini untuk sensasikan berita bahawa BN telah ketandusan pemimpin.Oleh itu calon yang masih “fresh” perlulah menjadi taruhan BN.

Sunday, November 22, 2009

Edisi Musim Banjir : Kemenangan moral bagi BN

SHAH ALAM – Pas berhadapan laluan sukar untuk memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah disebabkan Kota Siputeh itu adalah kubu kuat UMNO/Barisan Nasional (BN).


Pengarah Pilihan Raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail berkata, selain kubu kuat, pemilihan calon sebutan ramai, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir juga menyebabkan Pas berhadapan masalah meraih kemenangan di kawasan tersebut.

Menurutnya, Pas dan parti gabungan Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu PKR dan DAP tidak harus memandang remeh akan kelebihan UMNO/BN itu.


“Jika Mukhriz calonnya, kita (Pas, PKR, DAP) perlu pandang :serius sebab (Mukhriz) ada banyak kelebihan. Selain mempunyai jawatan dalam kerajaan iaitu Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, (Mukhriz) dilihat sebagai tokoh yang tidak pernah menimbulkan sebarang kontroversi.


“(Mukhriz) juga Ahli Parlimen Jerlun dan disegani semua penduduk di situ. Malah, kelebihannya sebagai anak mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagaikan satu bonus kerana sebahagian anak-anak muda di situ melihat Tun Mahathir sebagai pemimpin di hormati,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Menurut Saifuddin, kelebihan parti kerajaan tidak bermakna Pas juga tidak miliki sebarang keistimewaan tersendiri.

Katanya, kelebihan tunggal parti pembangkang adalah kejayaan menubuhkan kerajaan PR di Kedah.

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, walaupun DUN Kota Siputeh kubu kuat UMNO/BN, tidak bermakna Pas telah gagal sebelum berjuang.

“Kita (PR) akan pastikan menggempur habis-habisan DUN itu sekiranya Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) memutuskan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh perlu diadakan.

“Kita begitu optimis mampu membuat kejutan besar sekiranya jentera PR di semua peringkat melipat gandakan gerak kerja dan bekerjasama dalam semua aspek untuk pastikan DUN Kota Siputeh milik kita,” katanya.

Mengulas berkaitan PR yang berhadapan pelbagai krisis sejak kebelakangan ini, Saifuddin berkata, itu bukan penghalang pakatan pembangkang menawan Kota Siputeh.

“Apa-apa yang berlaku merupakan proses mematangkan semua ahli. Saya melihat, itu bukan masalah utama dan harapan saya agar semua ahli pakatan mengetepikan sebarang hal remeh temeh ketika kita bergabung tenaga pada pilihan raya kecil di Kedah nanti,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story6033487.asp

Orang muda : Sekiranya Mukhriz menjadi calon PRK Dun Kota Siputeh diharapkan jentera BN berkerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan besar BN di Dun berkenaan.

note : Kepada sesiapa yang rumahnya dinaiki air diharap bersabar dengan ujian tuhan.

Friday, November 13, 2009

Pas mungkin akan hilang Kelantan dan Kedah

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Penguasaan Pas di Kelantan dan Kedah mungkin berakhir pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 jika parti itu gagal meraih kepercayaan rakyat yang kini dilaporkan tidak lagi menyokong kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Samsul Amri Baharuddin berkata, Abdul Hadi selaku Presiden mempunyai tempoh enam bulan untuk mengembalikan semula sokongan rakyat dan memulihkan imej parti yang dilihat semakin negatif jika ingin mengelak perkara itu daripada berlaku.


"Situasi ini adalah sesuatu yang serius dan wajar dibimbangi Abdul Hadi. Rakyat hilang kepercayaan terhadap beliau kerana masalah dalaman yang berpanjangan selain kegagalan Pas berperanan dengan lebih penting dalam pembangkang,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.


Samsul berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Pensyarah Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM), Prof. Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah pada seminar Memperkasakan Pas kelmarin.


Abu Hassan ketika mendedahkan hasil kajiannya terhadap 2,100 responden berkata, 633 orang muda berusia antara 21 dan 30 tahun hilang kepercayaan terhadap Abdul Hadi berbanding hanya 67 yang menyokong.


Selain itu tambahnya, 519 orang daripada golongan yang berusia 31 hingga 40 tahun turut berpandangan negatif terhadap kepimpinan Pas berbanding hanya 181 orang yang positif.


Mengulas lanjut Samsul Amri memberitahu, elemen yang menyumbang kepada krisis dalaman Pas telah lama wujud kerana keanggotaan ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan.


"Lebih daripada itu, Pas sendiri gagal berfungsi seperti yang diharapkan oleh penyokongnya. Pertelingkahan di Selangor dan Kedah membuktikan parti ini tunduk kepada rakan pakatan mereka. Ini tidak disukai khususnya pengundi Melayu,'' jelasnya.


Pendapat itu disokong seorang lagi penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Zainal Kling bahawa Pas akan kehilangan apa yang dinikmatinya pada PRU Ke-12 lalu jika masalah dalaman, hilang sokongan dan imej negatif tersebut tidak dapat ditangani dengan segera.


Katanya, Pas tidak mempunyai banyak masa kerana UMNO sendiri telah mengambil langkah ke hadapan dan dilihat semakin memperoleh semula sokongan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Imej yang negatif dan hilang sokongan berpunca daripada banyak sebab. Antaranya percanggahan dalam pakatan pembangkang di mana Pas yang sepatutnya lebih dominan banyak mengalah dan seolah-olah menjadi kuda tunggangan.


"Masalah dalaman walaupun reda sekejap tidak bererti telah selesai. Ramai yang menyedari ia persefahaman yang rapuh antara Abdul Hadi dan Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,'' ujarnya.


Menurutnya, kini bergantung kepada pucuk pimpinan Pas untuk melakukan perubahan seperti yang diinginkan rakyat jika mereka masih lagi bercita-cita memerintah negara ini.


Sementara itu, pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohamad Agus Yusoff menjelaskan, hilang sokongan dan imej negatif adalah satu proses biasa dalam mana-mana parti politik.


Katanya, apa yang mustahak ialah setiap parti politik perlu memahami aspirasi ahli dan dalam konteks Pas, Abdul Hadi harus selari dengan apa diingini ahlinya serta rakyat keseluruhan yang sebelum ini menyokongnya.


Mengenai hasrat penyokong parti itu yang ingin Pas berdiri sendiri tanpa perlu bersatu dengan DAP, Mohamad Agus menjelaskan, perkara itu mustahil jika parti tersebut bercita-cita ingin menerajui kerajaan Pusat.


"Pas akan mati jika berdiri sendiri. Persekitaran politik sekarang tidak boleh untuk Pas bersendiri walau sekuat mana pun mereka. Pas perlukan sokongan pengundi bukan Melayu dan tanpanya ia akan tetap menjadi parti pembangkang,'' katanya


p/s  : Pemimpin BN perlu turun padang untuk menyakinkan pengundi. Jentera BN perlu berkerja lebih keras.

Thursday, November 12, 2009

Edisi Musim Tengkujuh :Pas harus bertanggunjawab

TANJUNG MALIM 11 Nov. – Keengganan Pas meneruskan rundingan kerajaan perpaduan bersama UMNO menyebabkan masyarakat Melayu terus berpecah. Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan, perpecahan itu akan menjadi semakin ketara pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.


“Saya kira kaum Melayu akan tetap berpecah daripada segi fahaman politik.

“Selagi Pas tidak mahu kerjasama dengan parti-parti selain dalam pakatan pembangkang, harapan kita untuk mengadakan kesepakatan yang lebih baik tidak akan berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab selepas menyampaikan syarahan bertajuk ‘Pembangunan Ekonomi dan Pembinaan Bangsa’ anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Tengku Razaleigh mengulas peluang dan harapan politik serta ekonomi orang Melayu pada masa depan berdasarkan tindakan Pas menutup ruang kerjasama sekalipun UMNO beberapa kali menyatakan kesediaan demi kepentingan bangsa dan agama Islam.

Beliau menambah, keengganan Pas juga mungkin disebabkan keyakinan parti itu untuk memenangi pilihan raya umum akan datang dengan hanya bekerjasama dengan parti-parti pembangkang.

p/s : Apa salahnya kita sesama bangsa dan agama bersatu padu.

Wednesday, November 11, 2009

Edisi Sejuk : Rehatkan Minda




Kita lepak-lepak malam ni..hidup mesti mau happy...;}

Edisi Panas :PKR tidak memperjuangkan Islam??

Ahli Parlimen PKR, Zulkifli Noordin - yang sentiasa lantang bersuara - hari ini mencabar R Sivarasa supaya meletak jawatan naib presiden PKR dan bertanding melawannya.


"Saya cabar Sivarasa letak jawatan dalam tempoh 24 jam dan lawan saya - satu lawan satu," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen hari ini.

"Serahkan kepada ahli PKR untuk melaksanakan hak demokrasi mereka untuk memutuskan sama ada ianya dasar parti ini untuk mempertahankan hak Islam dan orang Islam atau sebaliknya," katanya.

Zulkifli membuat cabaran itu ketika menjawab kenyataan Sivarasa dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa amaran ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada wakil rakyat PKR, ditujukan kepada Zulkifli.

Ahli parlimen Kulim Bandar Baru itu berkata beliau sanggup keluar parti jika beliau kalah kepada Sivarasa dalam pertandingan jawatan naib presiden.

Katanya, beliau sanggup berbuat demikian kerana tidak mahu bersekongkol dengan parti yang tidak mempertahan dan tidak berjuang untuk menegakkan Islam dan hak umat Islam.


Orang Muda : Memang tak percaya PKR pun....

Sunday, November 8, 2009

Imej Pas merosot?



Imej Pas semestinya sudah merosot kerana golongan muda sudah menolak perjuangan Pas yang hanya berlandaskan nafsu. Perjuangan Pas dalam Pakatan Rakyat bukanlah sama perjuanganya suatu ketika dahulu yang berlandaskan islam.


Perjuangan Pas bersama pakatan rakyat hanya berlandaskan hawa nafsu untuk menjatuhkan pihak kerajaan. Golongan muda hari ini lebih cerdik untuk menilai mana yang baik mana yang buruk. Jika dahulu Pas memperjuangkan hudud tetapi hari ini semakin kurang isu hudud di sebut oleh Pas hanya untuk menjaga hati sahabat karib dalam Pakatan Rakyat.

Golongan muda yang menolak Pas bukanlah golongan yang tidak ada pendedahan agama tetapi merupakan golongan yang sanggup berkorban untuk mempertahankan hak keistimewaan melayu/islam. Sekarang sudah terlihat bayang-bayang kehancuran institusi raja-raja. Semakin ramai berani mempersoal institusi raja seperti berlaku di Perak akibat taksub dengan pemimpin parti.

Selain itu,kita juga perlu pembangunan untuk memajukan diri kita dan negara. Jika golongan muda menolak Barisan Nasional bermakna mereka menolak pembangunan kerana hanya Bn yang mampu melaksanakan pembangunan. Sebagai contoh, jika kita mendengar ceramah parti pembangkang soal pembangunan tidak terlintas di bibir mereka melainkan hanya menghentam pihak kerajaan.

Oleh itu, kita sebagai golongan muda perlulah memikirkan anak cucu kita walaupun kita masih muda tidak salah jika kita memandang kehadapan untuk memastikan melayu tetap menjadi tuan di Malaysia tanah air kita ini.

Semangat Bagan Pinang di Bukit Jalil

Negeri Sembilan berjaya menjulang Piala Malaysia, piala paling berprestij dalam saingan Liga Malaysia, setelah menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Kemenangan ini membolehkan Negeri Sembilan menamatkan penantian selama 61 tahun setelah kali terakhir mendakapnya pada 1948 ketika piala itu dikenali sebagai Piala HMS Malaya.

Status 'underdog' nyata tidak menjejas corak permainan skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan itu apabila membuka jaringan seawal minit ke-18.

Pemainnya Shahurain Abu Samah berjaya melepaskan rembatan kencang di dalam kotak penalti untuk menewaskan penjaga gol Kelantan, Mohd Halim Napi setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan lawan Mohd Zamri Ramli sekaligus menceriakan kira-kira 15,000 penyokong Negeri Sembilan.

Tersentak dengan gol itu, Kelantan yang ditemani sekurang-kurangya 70,000 penyokongnya terus memperkemaskan permainan yang berlangsung dalam hujan renyai dengan melancarkan beberapa serangan, namun gagal memecahkan benteng lawan yang diketuai oleh Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd Syukor Adan.

Negeri Sembilan turut berpeluang untuk menambah jaringan dengan pemain pinjamannya dari T-Team, Hairuddin Omar yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga peluang, namun dikecewakan Mohd Halim untuk kedudukan kekal 1-0 separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, 'The Red Warriors' yang terdesak untuk mencari gol penyamaan mengeluarkan dua penyerangnya Norhisham Hassan dan Mohd Nizad Ayub dengan memasukkan dua penyerang berpengalaman iaitu Che Hishammuddin Hassan dan Mohd Khalid Jamlus.

Namun Negeri Sembilan semakin garang apabila Hairuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-46 setelah bijak meloloskan diri daripada pertahanan Kelantan hasil hantaran Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Pada minit ke-58, Negeri Sembilan mengesahkan kemenangan apabila penyerang kebangsaan Mohd Zaquan menyempurnakan sepakan penalti setelah Shahurain dijatuhkan Mohd Zamri dalam kotak penalti.

Gol itu menyebabkan sebahagian besar penyokong Kelantan bertindak meninggalkan stadium dan sesetengahnya membakar bendera, kain rentang, kerusi dan mercun.

Penyerang berbisa The Red Warriors, Indra Putra Mahayuddin akhirnya menjaringkan gol untuk Kelantan pada minit ke-93 (masa tambahan) setelah menyempurnakan sepakan percuma di luar kotak penalti, sekaligus merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia dengan 11 gol.

Kekalahan ini menambah lagi duka Kelantan musim ini setelah tewas kepada Selangor pada perlawanan akhir Piala FA, April lepas, malah pasukan pantai timur itu tidak pernah menjulang Piala Malaysia sejak ia diperkenalkan 88 tahun lepas.

Berangkat menyaksikan perlawanan itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir; Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra; dan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra Sultan Ismail Petra.

Mengulas mengenai perlawanan itu, Wan Jamak berkata gol awal memang diperlukan mana-mana pasukan jika beraksi di perlawanan akhir dan Shahurain berjaya merealisasikannya.

"Gol itu dapat menentukan hala tuju permainan pasukan dan serta-merta dapat mengubah corak permainan," katanya kepada pemberita selepas perlawanan.

Bekas jurulatih kebangsaan itu berkata pemain-pemain Negeri Sembilan telah membuktikan mereka mempunyai jati diri dan kekuatan mental yang tinggi walaupun berdepan dengan ribuan penyokong lawan.

"Saya memang berkeyakinan untuk menang jika berdasarkan perlawanan-perlawanan yang dilalui sepanjang saingan Piala Malaysia, namun tidak mahu terlalu yakin," katanya yang turut berbangga dengan rekod Negeri Sembilan merupakan satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah pada Piala Malaysia.

Sementara jurulatih Kelantan, B Sathinathan berkata gol kedua lawan telah menyebabkan pemain-pemainnya lemah semangat untuk kembali melawan.


"Saya juga menghadapi kesukaran untuk menukarkan Mohd Zamri di bahagian pertahanan walaupun beliau telah melakukan beberapa kesilapan kerana terikat kepada peraturan.


"Mohd Zamri merupakan pemain bawah 19 tahun di mana Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) mensyaratkan perlu ada seorang pemain bawah umur itu sepanjang permainan, masalahnya seorang lagi pemain Kelantan merupakan penyerang," katanya. BERNAMA

komen : Nampak gayanya semangat Bagan Pinang masih dirasai...Kelatan berputih mata kerana bermain dlm keadaan tertekan. Penyokong Kelantan memang hebat habis kerusi nk dibakarnye...Lepaih ni nk bakar ape pulak ye?????

Friday, November 6, 2009

AJK masjid pertahankan tindakan jemputan dr xavier

Seorang ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Andalas mempertahankan tindakan menjemput exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap di satu majlis berbuka puasa di situ, Ogos lalu.


Mohamad Tarmizi Ismail berkata, setakat ini tidak ada arahan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid-masjid di negeri itu dimasuki oleh orang bukan Islam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk mengambil tindakan terhadap jawatankuasa majlis itu kerana membenarkan Dr Xavier, yang juga ADUN PKR bagi Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu.

Kehadiran Dr Xavier di masjid tersebut dibantah oleh pergerakan Pemuda Umno Kota Raja yang menghantar memorandum kepada Jais memintanya menyiasat tindakan jawatankuasa masjid itu.

"Setakat ini tidak ada apa-apa arahan kepada masjid yang melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid," tegas Mohamad Tarmizi.

"Sepatutnya Jais keluarkanlah arahan rasmi (dahulu) supaya jelas kepada seluruh umat Islam di Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan pengarah Jais itu bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita Islam yang didatangi haid, Mohamad Tarmizi menjawab:

"Itu saya tidak boleh jawablah, sebab saya bukan mufti.



Reaksi Dr Xavier

"Tapi kalau kita sekat orang bukan Islam datang ke masjid, macam mana kita nak sampaikan dakwah kepada mereka?


"Tapi Masjid Negara dan Masjid Putrajaya pun boleh dikunjungi oleh orang bukan Islam.


"Masjid-masjid ini sediakan jubah untuk wanita bukan Islam supaya mereka menutup aurat ketika masuk masjid," tambahnya.


Menurut Mohamad Tarmizi lagi, Masjid Taman Sri Andalas bagaimanapun tidak mempunyai prasarana sebegitu untuk kemudahan wanita bukan Islam menutup aurat.


Jelasnya lagi, Dr Xavier sekadar memberi ucapan aluan di majlis berbuka puasa tersebut yang dihadiri kira-kira 300 orang jemaah.


"Belaiu cuma berucap alu-aluan saja, bukannya ceramah atau apa. Berucap pun sekejap saja sebab pada masa itu sudah dekat hendak berbuka sangat," kata ahli jawatankuasa itu.


Tambahnya, selain Dr Xavier, turut berucap di majlis itu ahli parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.


Sementara itu, akhbar Sinar Harian hari ini memetik Dr Xavier sebagai menafikan dakwaan di laman blog yang beliau memberikan ceramah di masjid tersebut.


Beliau dilaporkan ke masjid tersebut bagi memenuhi undangan majlis berbuka puasa bersama penduduk kawasan terbabit memandang exco kesihatan dan hal-ehwal bukan Islam itu seorang ADUN di situ.


Dr Xavier mengakui memasuki masjid tersebut tetapi hanya memberi ucapan alu-aluan di majlis tersebut yang disifatkannya sebagai aktiviti bersama rakyat yang sentiasa beliau penuhi.

komen : hak tuihhh

Thursday, November 5, 2009

Blogger UMNO-PAS hebat

Pas bertindak membuat konvensyen blogger Pas bertujuan menjadikan blogger PAS sebagai kumpulan yang memperbetul persepsi masyarakat terhadap PAS. Mungkin sebelum ini blogger Pas tak buat kerja.


Medium Konvensyen ini juga katanya dilihat mampu memberi peringatan kepada blogger dikalangan PAS agar mereka sedar dan tidak menjadi sebahagian dari penabur fitnah kepada parti itu. (sebenarnya blogger PAS bukan menabur fitnah kepada parti PAS tetapi bercakap sesuatu yang betul)

"Orang banyak fitnah PAS sekarang ni, jadi kita tidak mahu blogger kita ni pun tumpang sekaki merosakkan parti dengan persepsi salah ini," katanya lagi. Penganjur juga katanya berhasrat menjadikan blogger PAS ini sebagai kumpulan yang mampu berdepan kumpulan 'cyber troopers' Umno BN dalam usaha mematahkan hujah yang dilempar kumpulan itu.(nampak gaya blogger PAS pun tumpang sekaki dengan blogger pro umno menyerang parti itu,ini bukti bahawa mereka berani bercakap benar)

Orang muda : Pas akan bertindak lebih berani untuk menyerang UMNO dengan mempergunakan blogger   PAS yang semakin mengetahui tembelang parti yang mereka sanjungi itu.

Wednesday, November 4, 2009

PAS diambang perpecahan..

Pas nampaknya berada diambang perpecahan teruk, dengan dua pemimpin dan tok gurunya, Nik Aziz daei kelantan dan Hadi dari Tereangganu,bersiao sedia untuk berkonfrontasi mengenai apa yang dikatakan 'pemimpin bermasalah' iaitu Hassan Ali dan mengelirukan di Selangor,di samping keakraban yang dilihat terjalin antara beberapa pemimpin PAS Terengganu dan pemimpin UMNO.




Sesungguhnya,parti yang berwajah agama itu dijangka menghadapi krisis politik teruk Sabtu ini
(7 November),apabila apayang secara halus,dipanggil ' seminar' itu diadakan..

Saturday, October 31, 2009

Pas betul, kita salah....




boleh khusyuk ke???

Penyokong Pas menggunakan publisiti murahan apabila melakukan solat hajat ketika sidang dun 28 oktober lalu..kenapa solat hajat diadakan pada pagi sidang dun?? Untuk menunjukkan kepada rakyat mereka ini alim(alim ke)…


betul ke arah kiblat tu??tgk la bayang...




Yang menjadi persoalan..kenapa perlu bersolat pada pagi sidang dun?? Aku rasa lebih baik deme ni buat solat hajat sebelum datang ke sidang dun. Contohnye sebelum datang tu buat solat hajat cukup-cukup di rumah sapa pun tak kacau. Kalau dah tak sempat buat la dekat masjid negeri,masjid negeri bukan jauh sangat pun,guling-guling pun dah boleh sampai. Kerajaan dah bagi masjid pergi la sana buat solat hajat di sana. Inilah tindakan yang menunjuk-nunjuk(riak),kalau nak publisiti terus terang sahaja...(dah terang lagi bersuluh)

Seperti yang kita tahu salah satu tugas polis ketika sidang dun :

= Menyuraikan penyokong parti(perhimpunan haram)




ada polis kacau ke???


Adakah tindakan polis menyuraikan mereka yang berhimpun berada pada waktu itu dianggap tidak adil? Sedangkan itu salah satu daripada tugas polis…Polis pula dikatakan sebagai menghina Islam kerana menyuraikan mereka bersolat hajat..Polis menyuraikan mereka ketika mereka sudah selesai bersolat hajat..
Maknanya polis mengarahkan mereka beredar selepas solat hajat...



kasar ke macam ni???

                                                              

Si Nga dan Gobala mempersendakan Islam tidak pula dikatakan sebagai menghina Islam oleh puak-puak Pakatan Haram..Inilah yang dikatakan sebagai munafik…Jika orang mereka buat salah boleh dimaafkan..
tak pooo”…kalau kita buat bukan main hentam lagi noh…

Tafsirlah sendiri...........

Friday, October 30, 2009

Idea Najib diterima di Thailand...

BANGKOK 29 Okt. – Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva hari ini menyokong cadangan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Bangkok memberi autonomi kepada wilayah selatannya.


Abhisit berkata, beliau akan membincangkan rancangan untuk selatan Thai apabila Najib melawat negara itu pada Disember ini.

Najib dalam satu wawancara akhbar yang disiarkan baru-baru ini berkata, Thailand hendaklah menawarkan autonomi ‘dalam bentuk tertentu’ kepada selatan Thai, di mana lebih 3,900 orang terbunuh sejak keganasan meletus pada Januari 2004.

“Itulah pendekatan yang betul. Kerajaan saya sedang berusaha untuk merealisasikannya dan pada awal Disember nanti, saya dan rakan sejawatan saya dari Malaysia akan melawat wilayah selatan,” kata Abhisit dalam reaksinya terhadap kenyataan Najib itu.


p/s : Semoga Selatan Thai tidak bergolak lagi...Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak...

Wednesday, October 28, 2009

Jubah V Sivakumar terkoyak...

Aku difahamkan jubah speaker yang dipakai oleh Sivakumar ketika datang ke sidang DUN tadi telah terkoyak akibat pergelutan dengan pihak polis.




       bila nak ganti??
                    
V Sivakumar enggan menyerahkan jubah speaker yang dicuri olehnya pada sidang DUN 7 Mei lalu. Tindakannya itu telah memaksa anggota polis bertindak untuk mengambil jubah tersebut.

                      




kalau ye pun tutup le mulut tu,masuk dek lalat kang..


Walaubagaimanapun,pihak polis gagal mendapatkan jubah tersebut. Jubah berkenaan diperlukan oleh pihak polis untuk dijadikan bahan bukti siasatan.

p/s : kepada berkenaan sila ganti jubah yg baru...

ADUN PR perangai Sarkis!!!






11.20am: Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.

Sidang DUN BN disambung di tengah-tengah keriuhan dari pihak Pakatan, walaupun pembesar suara mereka telah ditutup.
ADUN Pakatan melaung: "Speaker haram sila keluar".
Ganesan menjawab: "Saya minta ahli ahli dewan bersopan. Jika tidak saya terpaksa ambil tindakan".Bagaimanpun, setiap kali ADUN BN berucap, ADUN Pakatan bertindak mengejeknya.


10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.


Terdengar komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.15am : ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.


"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.

                                                               


speaker gila kuasa akhirnya akur dan duduk ditempat adun Tronoh




Tuesday, October 27, 2009

Usaha Pihak Tertentu Menggagalkan sidang DUN Perak




ADUN Perak daripada Pakatan Rakyat mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.


Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan gabungan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang... kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di Ipoh hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata ADUN Pakatan akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap mereka sebelum dan semasa sidang.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk ADUN BN atau Pakatan. BERNAMA


komen OM : Teman difahamkan,kononya sidang DUN perlu dibatalkan bagi mengelak berlaku kekecohan. Teman nak tanya, siapa yang nak buat kecoh? UMNO dan BN nak upah orang-orangnya supaya buat kecoh pada persidangan yang dibarisi ADUN BN? Tak logik dan tak masuk akal. Pada puak sebelah sana, jika tidak mahu datang ke sidang DUN duduk rumah diam-diam.

Monday, October 26, 2009

Nizar terperangkap permainan sendiri.






IPOH - Bekas Menteri Besar Perak,Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin membuat permohonan peribadi melalui media kepada Sultan Perak,Sultan Azlan Shah supaya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri(DUN) itu, 28 Oktober ini.
    Nizar berkata,permohonan dibuat atas alasan Datuk R Ganesan telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, perkara 36(a) (5) kerana didapati menyamar sebagai Speaker DUN.
  "Atas kedaulatan undang-undang,maka kita tidak mahu dewan yang yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang pembohong,itulah sebenarnya mahu dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka faham bahawa Ganesan ini pengkhianat, persidangan yang beliau panggil itu adalah sidang tidak sah dan kami (Pakatan Rakyat) mahu sidang ini ditangguhkan," katanya kepada pemberita di Pejabata Pas Negeri,di sini,semalam.

komen OM : Teman rasa ini adalah tindakan orang yg tidak matang. Patutnya kita bagi YB DR Zambry
                     jalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pentadbir kerajaan negeri.Kenapa perlu ada
                     sifat-sifat iri hati dan dengki? Islam melarang kita daripada mempunyai niat buruk terhadap
                    orang lain. Teman berharap peristiwa 7 Mei tidak berulang lagi kerana seluruh rakyat Perak
                    sudah cemuih(jemu) dengan lakonan pihak pembangkang.
                     DAULAT TUANKU!!!
                    

TG Nik Aziz mula mencantas ulama

TG Nik Aziz telah berkomplot dengan Anwar Attaturk untuk mencantas ulama daripada PAS supaya pihak pro anwar dalam Pas dapat merampas kerusi Presiden. Kerja licik Anwar ini ialah untuk membolehkannya mudah menjadi PM setelah Presiden PAS disingkirkan.....

Sunday, October 11, 2009

BN menang besar


Barisan Nasional menang besar pada PRK Bagan Pinang.Ini menunjukkan kesedaran rakyat sudah mula timbul untuk menolak Pakatan Rakyat yang hanya pandai mencari kesalahan Barisan Nasional.Rakyat sudah jelik dengan permainan politik kotor dari pihak pembangkang yang sering mencetuskan provokasi.

BN = 8013
PAS = 2578
majoriti = 5435

Friday, October 9, 2009

PAS akan melakukan kekecohan di Bagan Pinang??


     Di beritakan ahli PAS dari luar Bagan Pinang akan datang berkumpul di Bagan Pinang untuk memeriahkan ceramah mereka di samping membuat perang psikologi terhadap UMNO.  Militan PAS iaitu Hasan Tantawi telah mengumpulkan semua ahli PAS terutama dari Kelantan untuk membuat hura hara di Bagan Pinang. Di harapkan jentera Barisan Nasional berwaspada agar tidak berlaku sebarang kekecohan.Inilah tindakan parti yang ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat...


Pas akan turun dengan semangat PAS 4 ALL....Perkataan ini sering kali kita dengar apabila menjelang pilihanraya untuk meraih undi rakyat....


Adakah satu kebetulan??Atau memang dasar mereka sama??

Thursday, October 8, 2009

PAS TIRU ISRAEL??

   

                                                    ni la slogan yg selalu kita dengar sekarang ni...

                                                                    PAS 4 all


ni apa pulak ye??macam sama je..
hahaha...
sesuai la sangat......

jgnlah kita tertipu dgn mereka ini....

Monday, October 5, 2009

Adakah kebetulan??

Tsunami yg berlaku sedikit masa dahulu telah menyebabkan banyak kematian.Ianya juga dikaitkan dgn kekalahan teruk BN berikutan tsunami politik.Kali ini berlaku pula tsunami di Samoa adakah ianya tsunami poltik kedua iaitu kebangkitan Barisan Nasional.

Semoga berjaya di Bagan Pinang

Saturday, October 3, 2009

pak berahim lawan pak aziz..

Dua kumpulan adakan demonstrasi

LEBIH 1,000 orang berhimpun dengan membawa kain pemidang bagi menyokong Ibrahim Ali di Pasir Mas, Kelantan, semalam.
PASIR MAS 2 Okt. - Perang mulut antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini merebak kepada penyokong mereka yang mengadakan perhimpunan di bandar ini hari ini.
Lebih 1,000 penyokong Ibrahim di bawah Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) berhimpun di hadapan sebuah pasar raya di sini manakala kira-kira 100 penyokong Pas berkumpul di depan Masjid Pasir Mas selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu semakin bertambah walaupun perhimpunan tersebut berakhir.
Kedua-dua kumpulan terbabit membawa kain pemidang yang mengandungi pelbagai tulisan menyokong pemimpin mereka.
Timbalan Pengerusi Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas, Mohd. Sapani Zakaria yang mengetuai perhimpunan menyokong Ibrahim itu berkata, ia diadakan sebagai bukti kepada penyokong Pas yang selama ini mencerca pemimpin mereka.
"Ini hanyalah perhimpunan pertama kami untuk membuktikan kepada mereka bahawa kami tidak takut dengan apa yang telah mereka lakukan selama ini.
"Mereka telah berulang kali berhimpun malah sanggup menghina pemimpin yang selama ini telah membantu rakyat dan membangunkan Pasir Mas," tegasnya.
Isnin lalu beberapa pemidang ucapan hari raya yang memaparkan gambar Ibrahim di sekitar bandar ini disimbah cat hitam dipercayai tanda protes terhadap tindakannya yang 'menyerang balas' Nik Abdul Aziz.
Ekoran itu, Mohd. Sapani membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas bagi memastikan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Terdahulu, sejurus selepas solat Jumaat di masjid Pasir Mas, kira-kira 100 penyokong Nik Abdul Aziz turut berhimpun di perkarangan masjid berkenaan sebagai tanda bantahan mereka kepada Ibrahim.
Kumpulan terbabit yang berhimpun selama kira-kira 30 minit turut melaungkan takbir dan membawa sepanduk sebagai tanda protes mereka.
Tindakan kedua-dua kumpulan penyokong itu adalah reaksi daripada 'perang mulut' antara pemimpin mereka yang saling mendesak antara satu sama lain untuk meletakkan jawatan yang disandang ketika ini.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang insiden buruk berlaku kerana pihak polis telah bersedia untuk memastikan perhimpunan berjalan secara aman