? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, December 13, 2009

Dilema penyokong PAS

Penulis berasa simpati dengan penyokong dan ahli Pas.......simpati untuk penyokong Pas sahaja(PKR dan DAP penulis dah tak kisah).Mereka sekarang dalam dilema kerana terpaksa mengikut pemimpin mereka yang begitu terdesak untuk mengambil alih tampuk pemerintahan.


Kenapa mereka dalam dilema??

Mereka(penyokong PAS)berasa geram,marah dan sedih apabila DAP mula berani mengungkit hak bumiputera dan semakin berani menyentuh mengenai agama Islam.

Tetapi perasaan mereka itu ditahan dan disemadikan di dalam hati masing-masing kerana mereka taat kepada pemimpin mereka bak kata pepatah " biar hatiku parah,asalkan parti ku menjadi kerajaan"(baru punya). Mereka tidak mampu meluahkan perasaan itu kerana risau sekiranya parti mereka akan dilandan tsunami yang lebih besar daripada tsunami yang melanda BN pada PRU12.

Oleh kerana meletakkan parti dihadapan berbanding agama dan bangsa, mereka merelakan segalanya yang di ungkit oleh DAP. Penulis percaya ramai di kalangan ahli PAS yang tidak setuju dengan tindakan DAP sejak kebelakangan ini yang berani mempersoal hak melayu/islam tetapi mereka sanggup menipu diri mempertahankan perkara ini "menegakkan benang yang basah"

Sekiranya DAP bukan rakan subahat PAS, bermacam-macam suara lantang dan kecaman yang akan mereka lontarkan kepada DAP tetapi realitinya PAS adalah rakan subahat DAP. Justeru, mereka mengambil sikap berdiam diri.

Apalah nasib diriku(penyokong PAS)yang malang,oh tuhan...tak guna berdiam diri...

14 ulasan:

Anonymous said...

ini lah akibat selalu menyalahkan org lain...

Anonymous said...

Bro...ckp bnyk lentang-lentung pasal cina DAP haram jadah tu kat sini pun tak guna...pe lagi mari la kita persiapkan diri kita? mahir bersilat ke? tau kung fu skit ke? tul tak? cakap tak guna bro...sebab "Action Speaks Louder Than Word" ...hehe, senang jek nak selesaikan cepat haramiah DAP tu..taip kena berani la! btul tak?

Anonymous said...

Yahudi ada 'superman'nya untuk menolong rakyat bumi. Tak kelihatan pula ada Melayu dalam kalangan rakyat bumi. Dalam kebanyakan rakyat bumi ada kelihatan penduduk chinatown di US.
Harus sedar tidak hilang Melayu di bumi boleh jadi kenyataan. Kerana tidak mempunyai agenda yang benar-benar jitu.
Semua kaum mempunyai agenda.

Orang Muda said...

kalau tkt dipukul ombak jgn berumah di tepi pantai..kalau takut melayu marah jgn berani mempersoal agama islam dan bangsa melayu..

Kuda Perang said...

Malang.........

Orang Muda said...

doakan penyokong Pas cepat sedar

Anonymous said...

Aku bukan anonymous bacul,tapi cuma kelesa nak menaip email aku...jangan risau aku tetap jujur.

Segala keputusan dalam tangan kita.Jari-jari kita melayu yang memetik. Hanya semangat dan akal yang benar-benar melayu boleh mengubah. Bukan maksud aku untuk membunuh yang lain tetapi untuk membina bangsa sendiri supaya benar-benar boleh berdiri.

Aku pandang PAS,sebagaimana aku pandang Melayu tapi bukan agama,aku pandang DAP seperti aku pandang tak ubah macam PAP, aku pandang PKR kepala otak aku bercampur-campur seolah-olah tak ubah macam rojak yang masam dan busuk.Pedendam kesumat. Nizar, Melayu yang baik aku sedia tahu,tapi sebab ditunggang DAP telah hilang panduan.

Aku lihat BN banyak yang melatah.
Agaknya terlalu lama dalam keadaan zon selesa dikejutkan PRU12.

Aku cuma berharap dan berdoa muga kita sama-sama bangkit dan aku rasa belum terlambat. Insyaallah.

Anonymous said...

Salam,

Benar tu,PRU12 mengejutkan semua.BN berada di zon selesa selama ini. Selepas PRU12 banyak penganalisis politik seperti cendawan tumbuh. Sebelum itu senyap sepi. Sudah tentu berlakunya kesibukan di sana sini.

Pengajaran pada BN,"jangan pandang belakang" ada hantu raya.Jauh sekali kalau tidur pasti bermimpi buruk.

Anonymous said...

Salam,

Bijak-bijaklah menjana. Bijak-bijaklah memerhati.
Cuba lihat di Penang. Gerakan dan MCA ke mana hilangnya? Assimilasi telah berlaku.Tidak timbul aspek keagamaan. Proses mudah di kalangan bangsa lain.Pantas seperti kilat bila diperlukan. Melayu? Bagaimana? Opportunist! Lembab akal? Hilang kesepakatan. Tak kira apa parti pun.

Anonymous said...

Hai saudara-saudaraku(tak kiralah yg cemerlang,gemilang,terbilang, temberang,tertunggang,terbengang... dll)

Caya lah, boleh dibuktikan bangsa apa yang suka bercekak...Di Malaysia ada 2 bangsa yang suka bercekak tak habis-habis...Jom teka!!!

Jika anda silap anda digolongkan generasi ke2 anda penuh kurap. Maka generasi ke3 anda lesap.

Yang ikhlas,
Generasi ke-1.

Jaja said...

Salam semua,salam rakyat Malaysia.

Kita jangan sibuk menyuruh orang lain sedar. Sedar tak sedar atau kita sendiri di bawah sedar.

Kerajaan BN hampir-hampir tersungkur semalam 14/12/09-AGENDADAILY

Di dunia, kebijaksanaan dan kecekalan pemikiran yang boleh membuat percaturan bertahap tinggi maka bangsa Yahudi mendapat tempat pertama.

Mengapa dengan kita? Berpolemik tanpa penghujungnya? Kafir mengkafir sesama sendiri.

Adakah sebabkan pemakanan. Orang-orang melayu memang menyukai pemakanan jeruk seperti budu dan belacan. Mungkin. Suka hidup di dalam zon selesa.Suka berhibur dan berpenglipulara dan berhati belacan dan budu. Busuk. Maaf terbacul. Termasuk pemimpin BN sendiri. Acuh tak acuh. Parlimen tempat berpolemik bukan sebagai tempat penentu.
Nyaris-nyaris terkubur kerajaan yang dipupuk dan dibena hampir 50 dekad yang lalu.

Begitu juga perihal di Kota Siputih dengan "TOBAT LAHUMnya".Memandang ringan terhadap persidangan. Kriteria yang sama disandang oleh ahli-ahli parlimen BN-UMNO acuh tak acuh dalam setiap persidangan.Bukan sahaja semalam 14/12/09 tetapi pada persidangan lain pun begitu. Kurang menepati masa.

Rasakanlah.Ini satu pengajaran kepada semua.

Jangan sekali-kali hilang kecerdikan. Tinggalkan zon selesa.

Satu senario untuk luncai.

Orang Muda said...

rampasan kuasa secara halus oleh anwar gagal tetapi harus menjadi pedoman kepada semua MP BN. Mungkin juga kesibukan urusan rasmi menjadi penghalang. Isunya DAP harus bertaubat.

Anonymous said...

Maaf cuma pendapat aku.
Politik dan rakyat malaysia,

Masih belum mencapai apa-apa kelas minda pun. Aku berani katakan "zero". Keanakan. Masing-masing ibarat kancil dengan jerat. Itulah permainan pemimpin b*d*h. Akal seperti kambing. Kecuh seperti itek. Lembam seperti siput babi.
Tak sabar mahukan kerajaan segera. Ini bukan mee segera.

What are they trying to do?

Baik BN maupun PR. 2X5. Memalukan. Rakyat pun jadi b*d*h.Ikut akal pemimpin. Kedua-dua pihak. Memang b*d*h. Satu pihak mengecam 20 pemimpin mereka kerana terlepas peluang untuk menjatuhkan kerajaan. Apa semua ini? Otak di kepala lutut ? Tahu apa kesannya?
Satu pihak lagi pun b*d*h. Acuh tak acuh, perangai seperti Kota Seputeh. Lembam. Hampir lesap. Integriti kah itu. Matang kah itu?

Politik haprak.Kotor macam taik kambing.Macam siput.

Kecuh,kecuh,kecuh.
Meluat rasanya.

Orang Muda said...

anon 6:06..itulah politik..
kalau nk yg baik-baik aja nonton tv aja...hanya untuk kuasa tp mereka inilah juga yg akn menentukan jatuh atau bangun sebuah negara..puak PR lebih kepada menjatuhkan negara..