? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, November 6, 2009

AJK masjid pertahankan tindakan jemputan dr xavier

Seorang ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Andalas mempertahankan tindakan menjemput exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap di satu majlis berbuka puasa di situ, Ogos lalu.


Mohamad Tarmizi Ismail berkata, setakat ini tidak ada arahan rasmi daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melarang masjid-masjid di negeri itu dimasuki oleh orang bukan Islam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pengarah Jais, Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk mengambil tindakan terhadap jawatankuasa majlis itu kerana membenarkan Dr Xavier, yang juga ADUN PKR bagi Seri Andalas, berucap di dewan utama masjid itu.

Kehadiran Dr Xavier di masjid tersebut dibantah oleh pergerakan Pemuda Umno Kota Raja yang menghantar memorandum kepada Jais memintanya menyiasat tindakan jawatankuasa masjid itu.

"Setakat ini tidak ada apa-apa arahan kepada masjid yang melarang orang bukan Islam daripada memasuki masjid," tegas Mohamad Tarmizi.

"Sepatutnya Jais keluarkanlah arahan rasmi (dahulu) supaya jelas kepada seluruh umat Islam di Selangor," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan pengarah Jais itu bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid kerana mereka dikategorikan sama seperti wanita Islam yang didatangi haid, Mohamad Tarmizi menjawab:

"Itu saya tidak boleh jawablah, sebab saya bukan mufti.



Reaksi Dr Xavier

"Tapi kalau kita sekat orang bukan Islam datang ke masjid, macam mana kita nak sampaikan dakwah kepada mereka?


"Tapi Masjid Negara dan Masjid Putrajaya pun boleh dikunjungi oleh orang bukan Islam.


"Masjid-masjid ini sediakan jubah untuk wanita bukan Islam supaya mereka menutup aurat ketika masuk masjid," tambahnya.


Menurut Mohamad Tarmizi lagi, Masjid Taman Sri Andalas bagaimanapun tidak mempunyai prasarana sebegitu untuk kemudahan wanita bukan Islam menutup aurat.


Jelasnya lagi, Dr Xavier sekadar memberi ucapan aluan di majlis berbuka puasa tersebut yang dihadiri kira-kira 300 orang jemaah.


"Belaiu cuma berucap alu-aluan saja, bukannya ceramah atau apa. Berucap pun sekejap saja sebab pada masa itu sudah dekat hendak berbuka sangat," kata ahli jawatankuasa itu.


Tambahnya, selain Dr Xavier, turut berucap di majlis itu ahli parlimen PAS bagi Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud.


Sementara itu, akhbar Sinar Harian hari ini memetik Dr Xavier sebagai menafikan dakwaan di laman blog yang beliau memberikan ceramah di masjid tersebut.


Beliau dilaporkan ke masjid tersebut bagi memenuhi undangan majlis berbuka puasa bersama penduduk kawasan terbabit memandang exco kesihatan dan hal-ehwal bukan Islam itu seorang ADUN di situ.


Dr Xavier mengakui memasuki masjid tersebut tetapi hanya memberi ucapan alu-aluan di majlis tersebut yang disifatkannya sebagai aktiviti bersama rakyat yang sentiasa beliau penuhi.

komen : hak tuihhh

4 ulasan:

Anonymous said...

inilah akibat dari lantik AJK masjid yang jahil ....
perkara mcm tu tak payah nak tunggu apa2 arahan rasmi la.... takkan x faham mana boleh mana x boleh. kalau mcm tu selagi belum keluar apa arahan... babi anjing pun boleh seret masuk dalam mazjid ker oiiiii AJK bengong oiii !!!! Celaka punya manusia

Anak Lenggong said...

Nampak sangat ajk masjid ni bangang..dia tak tau peraturan masjid..woii mamat..tak kan la benda camni pun tak tau..kena ada arahan daripada majlis agama islam negeri..non muslim tidak boleh memasuki dewan sembahyang laa ngok..kalau sekadar lawatan pun hanya dikawasan tertentu sahaja dan sebarang program melibatkan non muslim sepatutnya diadakan diperkarangan masjid sahaja..

Unknown said...

Salam bro,

Malaun Xavier tu pernah pegi ke masjid putrajaya..???
memang la betul non-muslim boleh masuk masjid, tapi diperkarangan masjid je, bukan boleh masuk sampai ke tempat sembahyang..apa ke bangang sangat si malaun Xavier tu...

Orang Muda said...

sedih aku tgk masjid jadi tempat politik..