? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, October 27, 2009

Usaha Pihak Tertentu Menggagalkan sidang DUN Perak




ADUN Perak daripada Pakatan Rakyat mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.


Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan gabungan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang... kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di Ipoh hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata ADUN Pakatan akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap mereka sebelum dan semasa sidang.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk ADUN BN atau Pakatan. BERNAMA


komen OM : Teman difahamkan,kononya sidang DUN perlu dibatalkan bagi mengelak berlaku kekecohan. Teman nak tanya, siapa yang nak buat kecoh? UMNO dan BN nak upah orang-orangnya supaya buat kecoh pada persidangan yang dibarisi ADUN BN? Tak logik dan tak masuk akal. Pada puak sebelah sana, jika tidak mahu datang ke sidang DUN duduk rumah diam-diam.

0 ulasan: