? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 3, 2009

pak berahim lawan pak aziz..

Dua kumpulan adakan demonstrasi

LEBIH 1,000 orang berhimpun dengan membawa kain pemidang bagi menyokong Ibrahim Ali di Pasir Mas, Kelantan, semalam.
PASIR MAS 2 Okt. - Perang mulut antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini merebak kepada penyokong mereka yang mengadakan perhimpunan di bandar ini hari ini.
Lebih 1,000 penyokong Ibrahim di bawah Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) berhimpun di hadapan sebuah pasar raya di sini manakala kira-kira 100 penyokong Pas berkumpul di depan Masjid Pasir Mas selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu semakin bertambah walaupun perhimpunan tersebut berakhir.
Kedua-dua kumpulan terbabit membawa kain pemidang yang mengandungi pelbagai tulisan menyokong pemimpin mereka.
Timbalan Pengerusi Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas, Mohd. Sapani Zakaria yang mengetuai perhimpunan menyokong Ibrahim itu berkata, ia diadakan sebagai bukti kepada penyokong Pas yang selama ini mencerca pemimpin mereka.
"Ini hanyalah perhimpunan pertama kami untuk membuktikan kepada mereka bahawa kami tidak takut dengan apa yang telah mereka lakukan selama ini.
"Mereka telah berulang kali berhimpun malah sanggup menghina pemimpin yang selama ini telah membantu rakyat dan membangunkan Pasir Mas," tegasnya.
Isnin lalu beberapa pemidang ucapan hari raya yang memaparkan gambar Ibrahim di sekitar bandar ini disimbah cat hitam dipercayai tanda protes terhadap tindakannya yang 'menyerang balas' Nik Abdul Aziz.
Ekoran itu, Mohd. Sapani membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas bagi memastikan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Terdahulu, sejurus selepas solat Jumaat di masjid Pasir Mas, kira-kira 100 penyokong Nik Abdul Aziz turut berhimpun di perkarangan masjid berkenaan sebagai tanda bantahan mereka kepada Ibrahim.
Kumpulan terbabit yang berhimpun selama kira-kira 30 minit turut melaungkan takbir dan membawa sepanduk sebagai tanda protes mereka.
Tindakan kedua-dua kumpulan penyokong itu adalah reaksi daripada 'perang mulut' antara pemimpin mereka yang saling mendesak antara satu sama lain untuk meletakkan jawatan yang disandang ketika ini.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang insiden buruk berlaku kerana pihak polis telah bersedia untuk memastikan perhimpunan berjalan secara aman

0 ulasan: