? ??????????????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account
and go to "Manage Layout" from the Blogger Dashboard??3. Click on the "Edit HTML" tab.??4. Delete the code already in the "Edit Template" box and paste the new code in.??5. Click "S BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, October 31, 2009

Pas betul, kita salah....




boleh khusyuk ke???

Penyokong Pas menggunakan publisiti murahan apabila melakukan solat hajat ketika sidang dun 28 oktober lalu..kenapa solat hajat diadakan pada pagi sidang dun?? Untuk menunjukkan kepada rakyat mereka ini alim(alim ke)…


betul ke arah kiblat tu??tgk la bayang...




Yang menjadi persoalan..kenapa perlu bersolat pada pagi sidang dun?? Aku rasa lebih baik deme ni buat solat hajat sebelum datang ke sidang dun. Contohnye sebelum datang tu buat solat hajat cukup-cukup di rumah sapa pun tak kacau. Kalau dah tak sempat buat la dekat masjid negeri,masjid negeri bukan jauh sangat pun,guling-guling pun dah boleh sampai. Kerajaan dah bagi masjid pergi la sana buat solat hajat di sana. Inilah tindakan yang menunjuk-nunjuk(riak),kalau nak publisiti terus terang sahaja...(dah terang lagi bersuluh)

Seperti yang kita tahu salah satu tugas polis ketika sidang dun :

= Menyuraikan penyokong parti(perhimpunan haram)




ada polis kacau ke???


Adakah tindakan polis menyuraikan mereka yang berhimpun berada pada waktu itu dianggap tidak adil? Sedangkan itu salah satu daripada tugas polis…Polis pula dikatakan sebagai menghina Islam kerana menyuraikan mereka bersolat hajat..Polis menyuraikan mereka ketika mereka sudah selesai bersolat hajat..
Maknanya polis mengarahkan mereka beredar selepas solat hajat...



kasar ke macam ni???

                                                              

Si Nga dan Gobala mempersendakan Islam tidak pula dikatakan sebagai menghina Islam oleh puak-puak Pakatan Haram..Inilah yang dikatakan sebagai munafik…Jika orang mereka buat salah boleh dimaafkan..
tak pooo”…kalau kita buat bukan main hentam lagi noh…

Tafsirlah sendiri...........

Friday, October 30, 2009

Idea Najib diterima di Thailand...

BANGKOK 29 Okt. – Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva hari ini menyokong cadangan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Bangkok memberi autonomi kepada wilayah selatannya.


Abhisit berkata, beliau akan membincangkan rancangan untuk selatan Thai apabila Najib melawat negara itu pada Disember ini.

Najib dalam satu wawancara akhbar yang disiarkan baru-baru ini berkata, Thailand hendaklah menawarkan autonomi ‘dalam bentuk tertentu’ kepada selatan Thai, di mana lebih 3,900 orang terbunuh sejak keganasan meletus pada Januari 2004.

“Itulah pendekatan yang betul. Kerajaan saya sedang berusaha untuk merealisasikannya dan pada awal Disember nanti, saya dan rakan sejawatan saya dari Malaysia akan melawat wilayah selatan,” kata Abhisit dalam reaksinya terhadap kenyataan Najib itu.


p/s : Semoga Selatan Thai tidak bergolak lagi...Tahniah kepada Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak...

Wednesday, October 28, 2009

Jubah V Sivakumar terkoyak...

Aku difahamkan jubah speaker yang dipakai oleh Sivakumar ketika datang ke sidang DUN tadi telah terkoyak akibat pergelutan dengan pihak polis.




       bila nak ganti??
                    
V Sivakumar enggan menyerahkan jubah speaker yang dicuri olehnya pada sidang DUN 7 Mei lalu. Tindakannya itu telah memaksa anggota polis bertindak untuk mengambil jubah tersebut.

                      




kalau ye pun tutup le mulut tu,masuk dek lalat kang..


Walaubagaimanapun,pihak polis gagal mendapatkan jubah tersebut. Jubah berkenaan diperlukan oleh pihak polis untuk dijadikan bahan bukti siasatan.

p/s : kepada berkenaan sila ganti jubah yg baru...

ADUN PR perangai Sarkis!!!






11.20am: Dua sidang berjalan serentak dalam Dewan. Satu dikendalikan oleh Speaker BN, Ganesan dan satu lagi oleh Speaker Pakatan, Sivakumar.

Sidang DUN BN disambung di tengah-tengah keriuhan dari pihak Pakatan, walaupun pembesar suara mereka telah ditutup.
ADUN Pakatan melaung: "Speaker haram sila keluar".
Ganesan menjawab: "Saya minta ahli ahli dewan bersopan. Jika tidak saya terpaksa ambil tindakan".Bagaimanpun, setiap kali ADUN BN berucap, ADUN Pakatan bertindak mengejeknya.


10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.


Terdengar komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".

10.15am : ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah.


"Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.

                                                               


speaker gila kuasa akhirnya akur dan duduk ditempat adun Tronoh




Tuesday, October 27, 2009

Usaha Pihak Tertentu Menggagalkan sidang DUN Perak




ADUN Perak daripada Pakatan Rakyat mungkin tidak akan menghadiri sidang DUN Rabu ini jika polis gagal memberi jaminan terhadap keselamatan mereka.


Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Rakyat (PRBBC) Khalil Idham Lim berkata keputusan berkenaan bagaimanapun akan ditentukan oleh pimpinan gabungan pembangkang negeri.

"Matlamat kami adalah hadir sidang... kami akan serah kepada pimpinan jika keputusan sebaliknya," katanya pada sidang akhbar di pejabat PAS Perak di Ipoh hari ini.

Semalam, Pesuruhjaya PAS Perak Abu Bakar Hussain berkata ADUN Pakatan akan membuat laporan polis meminta jaminan keselamatan daripada polis kerana dikhuatiri ada ancaman terhadap mereka sebelum dan semasa sidang.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkefli Abdullah ketika dihubungi hari ini berkata polis akan menjaga keselamatan sepanjang sidang berkenaan termasuk ADUN BN atau Pakatan. BERNAMA


komen OM : Teman difahamkan,kononya sidang DUN perlu dibatalkan bagi mengelak berlaku kekecohan. Teman nak tanya, siapa yang nak buat kecoh? UMNO dan BN nak upah orang-orangnya supaya buat kecoh pada persidangan yang dibarisi ADUN BN? Tak logik dan tak masuk akal. Pada puak sebelah sana, jika tidak mahu datang ke sidang DUN duduk rumah diam-diam.

Monday, October 26, 2009

Nizar terperangkap permainan sendiri.






IPOH - Bekas Menteri Besar Perak,Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin membuat permohonan peribadi melalui media kepada Sultan Perak,Sultan Azlan Shah supaya menangguhkan sidang Dewan Undangan Negeri(DUN) itu, 28 Oktober ini.
    Nizar berkata,permohonan dibuat atas alasan Datuk R Ganesan telah melanggar Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, perkara 36(a) (5) kerana didapati menyamar sebagai Speaker DUN.
  "Atas kedaulatan undang-undang,maka kita tidak mahu dewan yang yang mulia ini dipengerusikan oleh seorang pembohong,itulah sebenarnya mahu dikhabarkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya mereka faham bahawa Ganesan ini pengkhianat, persidangan yang beliau panggil itu adalah sidang tidak sah dan kami (Pakatan Rakyat) mahu sidang ini ditangguhkan," katanya kepada pemberita di Pejabata Pas Negeri,di sini,semalam.

komen OM : Teman rasa ini adalah tindakan orang yg tidak matang. Patutnya kita bagi YB DR Zambry
                     jalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pentadbir kerajaan negeri.Kenapa perlu ada
                     sifat-sifat iri hati dan dengki? Islam melarang kita daripada mempunyai niat buruk terhadap
                    orang lain. Teman berharap peristiwa 7 Mei tidak berulang lagi kerana seluruh rakyat Perak
                    sudah cemuih(jemu) dengan lakonan pihak pembangkang.
                     DAULAT TUANKU!!!
                    

TG Nik Aziz mula mencantas ulama

TG Nik Aziz telah berkomplot dengan Anwar Attaturk untuk mencantas ulama daripada PAS supaya pihak pro anwar dalam Pas dapat merampas kerusi Presiden. Kerja licik Anwar ini ialah untuk membolehkannya mudah menjadi PM setelah Presiden PAS disingkirkan.....

Sunday, October 11, 2009

BN menang besar


Barisan Nasional menang besar pada PRK Bagan Pinang.Ini menunjukkan kesedaran rakyat sudah mula timbul untuk menolak Pakatan Rakyat yang hanya pandai mencari kesalahan Barisan Nasional.Rakyat sudah jelik dengan permainan politik kotor dari pihak pembangkang yang sering mencetuskan provokasi.

BN = 8013
PAS = 2578
majoriti = 5435

Friday, October 9, 2009

PAS akan melakukan kekecohan di Bagan Pinang??


     Di beritakan ahli PAS dari luar Bagan Pinang akan datang berkumpul di Bagan Pinang untuk memeriahkan ceramah mereka di samping membuat perang psikologi terhadap UMNO.  Militan PAS iaitu Hasan Tantawi telah mengumpulkan semua ahli PAS terutama dari Kelantan untuk membuat hura hara di Bagan Pinang. Di harapkan jentera Barisan Nasional berwaspada agar tidak berlaku sebarang kekecohan.Inilah tindakan parti yang ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat...


Pas akan turun dengan semangat PAS 4 ALL....Perkataan ini sering kali kita dengar apabila menjelang pilihanraya untuk meraih undi rakyat....


Adakah satu kebetulan??Atau memang dasar mereka sama??

Thursday, October 8, 2009

PAS TIRU ISRAEL??

   

                                                    ni la slogan yg selalu kita dengar sekarang ni...

                                                                    PAS 4 all


ni apa pulak ye??macam sama je..
hahaha...
sesuai la sangat......

jgnlah kita tertipu dgn mereka ini....

Monday, October 5, 2009

Adakah kebetulan??

Tsunami yg berlaku sedikit masa dahulu telah menyebabkan banyak kematian.Ianya juga dikaitkan dgn kekalahan teruk BN berikutan tsunami politik.Kali ini berlaku pula tsunami di Samoa adakah ianya tsunami poltik kedua iaitu kebangkitan Barisan Nasional.

Semoga berjaya di Bagan Pinang

Saturday, October 3, 2009

pak berahim lawan pak aziz..

Dua kumpulan adakan demonstrasi

LEBIH 1,000 orang berhimpun dengan membawa kain pemidang bagi menyokong Ibrahim Ali di Pasir Mas, Kelantan, semalam.
PASIR MAS 2 Okt. - Perang mulut antara Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali kini merebak kepada penyokong mereka yang mengadakan perhimpunan di bandar ini hari ini.
Lebih 1,000 penyokong Ibrahim di bawah Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) berhimpun di hadapan sebuah pasar raya di sini manakala kira-kira 100 penyokong Pas berkumpul di depan Masjid Pasir Mas selepas solat Jumaat.
Bagaimanapun penyokong bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu semakin bertambah walaupun perhimpunan tersebut berakhir.
Kedua-dua kumpulan terbabit membawa kain pemidang yang mengandungi pelbagai tulisan menyokong pemimpin mereka.
Timbalan Pengerusi Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) Pasir Mas, Mohd. Sapani Zakaria yang mengetuai perhimpunan menyokong Ibrahim itu berkata, ia diadakan sebagai bukti kepada penyokong Pas yang selama ini mencerca pemimpin mereka.
"Ini hanyalah perhimpunan pertama kami untuk membuktikan kepada mereka bahawa kami tidak takut dengan apa yang telah mereka lakukan selama ini.
"Mereka telah berulang kali berhimpun malah sanggup menghina pemimpin yang selama ini telah membantu rakyat dan membangunkan Pasir Mas," tegasnya.
Isnin lalu beberapa pemidang ucapan hari raya yang memaparkan gambar Ibrahim di sekitar bandar ini disimbah cat hitam dipercayai tanda protes terhadap tindakannya yang 'menyerang balas' Nik Abdul Aziz.
Ekoran itu, Mohd. Sapani membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas bagi memastikan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Terdahulu, sejurus selepas solat Jumaat di masjid Pasir Mas, kira-kira 100 penyokong Nik Abdul Aziz turut berhimpun di perkarangan masjid berkenaan sebagai tanda bantahan mereka kepada Ibrahim.
Kumpulan terbabit yang berhimpun selama kira-kira 30 minit turut melaungkan takbir dan membawa sepanduk sebagai tanda protes mereka.
Tindakan kedua-dua kumpulan penyokong itu adalah reaksi daripada 'perang mulut' antara pemimpin mereka yang saling mendesak antara satu sama lain untuk meletakkan jawatan yang disandang ketika ini.
Bagaimanapun, tidak ada sebarang insiden buruk berlaku kerana pihak polis telah bersedia untuk memastikan perhimpunan berjalan secara aman